Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas ketika mulut masih rasa pahit akibat demam, tiba-tiba teringin hendak makan anggur muscat. Encik Suami bawa jalan-jalan ke coldstrage Bandar Tabanak. Apabila melihat harga yang tertulis, tidak jadi hendak beli. Harganya masih kekal kayangan. Teringat kembali anggur muscat di coldstorage di Seri Perdana yang pernah kami beli.
Encik Suami minta Fairuz belikan anggur muscat di Seri Perdana. Malam itu, sebelum Fairuz berangkat ke Kota Kinabalu. Sempatlah anak bujang ini belikan sebungkus anggur muscat.
Sunshine Muscat Grape |
Grape Green Shine Muscat Korea. Tak pastilah RM119.00 itu harga sekilogram atau harga 450 gram. Seram tengok harganya! |
Fairuz hanya makan beberapa biji sahaja, tetapi Firdaus yang terlebih makan. Rasa Sunshine Muscat Grape ini tetap sama seperti sebelumnya. Manis, kenyal-kenyal rangup! Malam itu juga habis anggur muscat ini kami makan. Rupa-rupanya banyak versi anggur muscat. Harganya pun berbeza-beza!
Semlm jumpa di kedai buah, RM18.90/500gram. Tu pun tengok aje, tak beli pun 😆
BalasPadamTengah suka nak makan ni SK.
PadamNanti lama-lama dah tak heran dah hahahaha.
Hijau dia sangat segar!
BalasPadamYa Uncle. Hijau segar, isinya manis.
Padamwow mahenya sebiji lebih singgit reganya tu
BalasPadamBuat buang pahit-pahit mulut orang demam Kak PI.
PadamRezeki dapat ber sunshine muscat grape lagi kak Amie. Sedap betul buah ni memang sekali hadap je boleh habis. Tak sempat nak tinggal hari esok. hihi..macamanalah kalau rasa buah jenis kayangan tu kan. Mahu tak sampai beberapa minit dah habis.
BalasPadamTengah baca ni tu tunjuk kat Adah...eh sama brand yg kita beli la ..
BalasPadamTapi bila dah tambah daun tu...boleh berlipat ganda la lg.Nampak segar dan sangat menariks tu Cikgu...
Saya pun jaraaang beli anggur Muscat ini 🤣. Tapi tiap ke luar negeri, baru saya puas2kan makan buah yang biasanya mahal di Indonesia. Tapi memang enak rasa anggur ini, walopun terkadang saya beli dapat yg rasa agak masam. Kesal kalo dapat yg tak bagus kualitasnya 😔
BalasPadam