Pages

Ahad, 6 Ogos 2023

Terima Kasih Fuad, Belanja Makan Petang!

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang kelmarin kita bersendirian di rumah. Encik Suami ke kampung, rumah adik ipar. Firdaus keluar bermain bersama kawan-kawan setaman. Tiba-tiba Fuad telefon dari Penang. Katanya hendak belikan makanan untuk kami. Oleh kerana Encik Suami dan Firdaus tidak ada, jadi Fuad pun memilih menu yang biasa mereka makan. Amie pula, beberapa hari ini teringin makan mantou dengan rendang ayam Summer Sweet House. Kebetulan pula Fuad pesan makanan dari sini. Jadi, ibaratnya pucuk dicita ulam mendatang! Amie minta satu set. Airnya pula, Amie kata tak perlulah beli sebab masih Amie baru saja bancuh satu jug lime juice di dapur.

Terima kasih Fuad.


Lebih kurang 30 minit, sampailah abang angkat Abang Farid, Foodpanda ke pintu pagar. Heheheee... biasanya Abang Farid yang rajin guna khidmat Foodpanda, abang angkatnya itu. Kali ini giliran Fuad pula minta tolong abang Foodpanda. 

Makanan yang dihantar dalam keadaan sempurna dan masih panas: 
  • Maggi Bossku
  • Fried Kolo Mee
  • Rendang Chicken Bun


Fuad memilih Maggi Bossku untuk Firdaus. Amie kata, portionnya sangat besar untuk budak kecil seperti Firdaus. Fuad kata, biarlah Firdaus puas makan.

Amie : Rendang Chicken Bun
Ada enam ketul mantuo dan empat ketul ayam rendang.
RM19.90sen.

Encik Suami : Fried Kolok Mee
Banyak juga aksesori mi kolok : Udang, telur, fried chicken roll dan sayuran.
RM17.90

Firdaus : Maggi Bossku.
Di bawahnya ada mi Maggi goreng, fried chicken chop, french fries dan telur goreng.
RM23.50sen

Ketika abang Foodpanda sampai di depan pagar rumah, Amie pun keluar untuk mengambil makanan yang dihantar. Rupanya Firdaus yang sedang bermain bersama kawan-kawannya ternampak terlebih dahulu lalu menyambut makanan tersebut.

Ketika Firdaus serahkan makanan kepada Amie, Firdaus sempat berbisik:
Mommy, bolehkah Daus makan dengan kawan-kawan?

Barangkali itulah yang dinamakan rezeki. Maggi Bossku memang besar portionnya. Firdaus panggil kawan-kawan sepermainannya makan sama.

Firdaus bersama kawan-kawannya.

Alhamdulillah. Dapatlah mereka merasa makan sepinggan Maggi Bossku.

7 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    Bagusnya Daus, rezeki dikongsi bersama

    BalasPadam
  2. seronoknya daus mkn dgn kwn².. tq abg fuad... menarik rendang bun tu... selalu rendang mkn dgn ketupat... hehehe... semalam pun awan alan pun lepak minum² kat luar lepas main bola... anak jiran dpn umah belanja air... pastu sy cakap bawak biskut jugak lepak mkn kt luar... santai je diorang... semoga ukhwan budak² ni berkekalan

    BalasPadam
  3. Memang pemurah hati anak2 Kak Amie sama macam monmy. Makin sedap la maggi bossku jika makan berkongsi.

    BalasPadam
  4. rendang makan ngan mantou ...sedap tu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Bagus Firdaus berkongsi rezeki..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah....Semoga bertambah rezeki Fuad dan Daus juga

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..Macam tahu-tahu je apa yang mommy inginkan. Melekat sudah status abang angkat Farid tu. hihi...
    Alhamdulillah..semoga Allah limpahi rezeki buat Fuad dan Firdaus berkongsi rezeki. Aaamiin...

    BalasPadam