Pages

Rabu, 9 Ogos 2023

Lo Mai Gai & Tart Comel

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini badan melekit, berpeluh-peluh balik dari aktiviti sukantara. Rasa hendak cepat-cepat sampai rumah supaya dapat bersihkan diri. Tapi kena isi perut dahulu di Geprek Kitchen dan dalam perjalanan pulang menyinggah pula di Garden Hut Bakery. Kononnya hendak membeli Lo Mai Gai @ Pulut Ayam. Tiba-tiba teringin pula hendak makan pulut waktu petang! Harap-harap masih adalah Lo Mai Gai.

Alhamdulillah. Lo Mai Gai idaman masih ada beberapa mangkuk, dan dalam keadaan panas. Amie beli dua mangkuk. Satu untuk Encik Suami dan satu untuk Amie sendiri. Untuk Firdaus, Amie belikan tart kegemarannya:
  • Mini Cheese Tart
  • UFO Tart
  • Portuguese Egg Tart


Lo Mai Gai @ Pulut Ayam ini tidaklah susah sangat hendak menyediakannya. Agaknya kena tunggu mambang  balik dari Tanah Jauhar, barulah boleh buat. Amie suka sangat aroma cendawan shiitake, apabila bertemu dengan kepingan isi ayam, ditambah halia dan kicap serta sos tiram! Sewaktu dikukus, memang timbul bau yang semerbak! Oh, Lo Mai Gai @ Pulut Ayam! Kenapalah engkau sedap sangat?


Lo Mai Gai @ Pulut Ayam
RM4.50 X 2 = RM9.00

Tart yang comel-comel untuk Firdaus.
Suka sangatlah budak kecil itu apabila balik dari sekolah, terus kita bawa ke dapur untuk makan tart!

Portuguese Egg Tart
RM2.80 sen

Mini Cheese Tart
RM1.70 X 3 = RM6.10 sen

UFO Tart
RM2.70 sen


12 ulasan:

  1. Ditengok fotonya sedap sangat lah lo my gay nih. Sayangnya saya belum menemiuinya di Indonesia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lo Mai Gai ini sejenis hidangan klasik dimsum.

      Padam
  2. Ohh ini pulut ayam versi lain ada cendawan. Saya dah terbayangkan pulut ayam Thai. hihi..
    Murah juga harganya tu. Pemanis mulut yang comel, antara kegemaran saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap nasi pulut ayam ni Fiza. Ikut tradisinya dibalut dengan daun teratai ketika dikukus.

      Padam
  3. sedapnya kak oi.... lagi lah tgk yang portugese egg tart

    BalasPadam
  4. sedapnya pulut ayam... ufo tart tu menarikkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulut ayam memang sedap, lagilah ketika masih hangat-hangat panas suap ke mulut.

      Padam
  5. hmmm mana laa sy nak cari.pulut ayam kat sini...

    BalasPadam
  6. Manalah agaknya mambang sesat, di Tanah Jauhar pun tak ada ni, Kak Amie! 🤣🤣🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke mana juga si mambang menyinggah. Nak kena rotan nanti si mambang hihihiii.

      Padam