Pages

Khamis, 13 Julai 2023

Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup

Bismillahirrahmanirrahim.
Siapa suka makan sambal kentang? Ada yang basah dan ada yang kering. Sambal kentang yang kering dan rangup sedap dibuat kudap-kudap!


Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup
Sukatan bahan : Pandai-pandailah sendiri.

Bahan A:
Sediakan kentang yang disagat dan digoreng hingga garing, ditambah ikan bilis mata biru goreng yang juga halus-halus saiznya. Tambahkan juga kacang tanah goreng. Kita tak berapa gemar makan tempe yang digoreng garing. Jadi, tak masukkan tempe sebab sudah hilang rasa tempenya. Biarkan sejuk.

Bahan B:
Buat sambal tumis seperti biasa dari cili kering, bawang putih dan bawang merah kisar. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam / perasa pilihan secukupnya. Jika suka rasa lebih manis, boleh lebihkan gula. Tumis sehingga garing / pecah minyak. Biarkan sejuk.

Gaul kesemua bahan. Sedia untuk dinikmati.


Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup


23 ulasan:

  1. Fav ni tp sy suka yg sambal kentang potong wedges tu... mkn dgn nasik... dapnyee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo suka kentang potong wedges. Cepat kenyang tu.

      Padam
    2. Ni mkn dgn nasik putih saja pun sedap... utk bekal bekfes mkn dpn pc... hihihi

      Padam
  2. selalu ammi order je dari kakak sepupu sebab malas betul nak menyagat, menggoreng bagai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang eloklah beli saja dari membuat sendiri sebab perlu kesabaran untuk menyiapkannya.

      Padam
  3. makan sedap meratah pun sedap tapi nak membuatnya rasa bercinta hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Afzan.
      Api kena jaga sewaktu menggoreng supaya kentang tidak hangus.

      Padam
  4. Baru pagi tadi makan sambal kentang dgn nasi lemak Kak Amie :)
    Baru tahu, kena sagat rupanya ye...kenapalah sy tak terfikir...ingatkan hiris halus² gitu 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena guna sagat PH.
      Kalau hiris halus dari pagi sampai petang tak sempat nak goreng hihihihiii.

      Padam
  5. Saya suka sambal kentang. Kering ke basah tetap suka. Tapi style sambal kentang kak Amie ni pertama kali tengok disagat halus. Menarik juga boleh dijadikan kudapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rangup rasanya Fiza.
      Memang sedaplah buat kudapan.
      Kalau rajin boleh buat banyak, boleh simpan lama.

      Padam
  6. Suka nih sambal kentang kayak gini ..tapi suka ga garing sesudah nya...cara saya salah mungkin yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng dengan api sederhana. Jaga apinya supaya kentang tidak hangus dan garing sekata.

      Padam
  7. Wah…rajin kak Amie sagat halus gitu. Saya suka, tapi cuma rajin membeli jelah 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ujie.
      Kalau ada yang jual, boleh kita beli saja.

      Padam
  8. rajin menggoreng rangup campur bilis sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Kak PI. Boleh makan begitu saja atau buat lauk nasi.

      Padam
  9. Kalau makan dengan nasi, sy tolak lauk lain, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan saya SK.
      Nikmati sepenuhnya keenakan sambal kentang ikan bilis.

      Padam
  10. Ini confirm tak jadi lauk nanti ni....leka duk ratah je...

    BalasPadam