Pages

Khamis, 13 Julai 2023

Sotong Goreng Kunyit Paling Mudah dan Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi dengan perkongsian resipi Sotong Goreng Kunyit Paling Mudah dan Sedap! Dengan teknik gunakan api besar, masukkan sekaligus semua bahan seperti sotong, kacang panjang dan lobak dan kemudian terus tutup kuali selama 1 hingga 2 minit sahaja! Hasilnya, sotong masak sempurna dan tidak berair. Jangan risau, kacang panjang dan lobak merah pun masak sama.

Amie tidak hiris cili padi. Masukkan sahaja bulat-bulat ke dalam kuali. Ketika makan sekiranya hendak rasa pedas, piicit atau patahkan sahaja cili padi tersebut.

Sotong Goreng Kunyit  Paling Mudah dan Sedap!

Sotong Goreng Kunyit Paling Mudah dan Sedap!

Resipi Sotong Goreng Kunyit Paling Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan:

  • 5 ekor sotong torak saiz sederhana - bersihkan - buang dakwat - buang mata dan mulut - potong ikut suka - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - biarkan selama 15 minit
  • 3 batang kacang panjang - hiris ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah - kupas kulit - potong ikut suka
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar minyak
Bahan hiris:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Besarkan api dapur. Kemudian masukkan secara serentak sotong, lobak merah dan kacang panjang.
3. Tutup kuali selama 1 hingga 2 minit.
4. Buka penutup kuali, dan tambahkan sos tiram.
5. Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.

Sotong Goreng Kunyit Paling Mudah dan Sedap!

Apa cerita cuaca di tempat rakan-rakan blogger?
Bumi LD sedang dibasahi hujan.
Semoga yang turun ini hujan yang dilimpahi rahmat.

9 ulasan:

  1. Rasa nak picit² aje mambang tu.. laju terbang ke sanun.. dah guna api besar tu, nampaknya cepatla masaknya, bolehlah mambang cepat² pulang ke Tanah Jauhar.

    Terima kasih, Kak Amie, kongsi tips agar sotong tidak berair. Patutlah nampak kering sotongnya, mesti lembut dikunyah²

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sotong tak berair. Hanya berminyak saja.

      Padam
  2. di sini pun setiap petang hujan lebat..pukul 4-5 dah gelap...

    sedapnya, ada sambal pedas, mmg terangkat..

    BalasPadam
  3. Kuching sekarang selalu hujan tgh hari (3-4pm)... dah la lebat... nasib baik minggu ni budak² xde kafa sbb minggu ujian

    BalasPadam
  4. gitu tekniknya...sotong kalau lama sgt nanti dia kluarkan air kan. tq kakak

    BalasPadam
  5. waduhhh lapo laa pulak kak.. fah tgh hari ni😁

    BalasPadam
  6. Sedap plak sotong goreng kunyit tu ha...

    BalasPadam
  7. Memang mudah dan menyelerakan sungguh ni Kak Amie. Rasa pedas pedas lada picit tu yang penambah rasa selera makan. hihi...

    BalasPadam