Pages

Rabu, 12 Julai 2023

Resipi Nangka Muda Masak Lemak dengan Perut Lembu

Bismillahirrahmanirrahim.
Teringin masak lemak nangka gaya Bonda kita. Bonda suka bubuh ketumbar dan jintan manis tapi pesannya janganlah bubuh banyak, sekadar rasa dan bau-bau manja sahaja. 
Nampak banyak pula Amie masak, tapi sebenarnya bukan makan sekali. Kalau hari cuti Amie akan masak tengahari, dan boleh makan dua kali hingga ke malam. Hari ini masak waktu petang untuk makan malam sahaja, dan separuh masakan Amie simpan dalam peti sejuk. Esok pagi boleh panaskan semula untuk dijadikan lauk bekal ke tempat kerja.

Nangka Muda Masak Lemak dengan Perut Lembu

Resepi Masak Lemak Nangka Muda dengan Perut Lembu
Bahan-bahan:

  • 500 gram nangka muda - rebus hingga empuk - toskan airnya - potong ikut saiz yang disukai
  • 500 gram perut lembu - bersihkan -  rebus hingga setengah empuk - toskan - hiris ikut saiz yang disukai
  • 2 batang kacang panjang - potong ikut saiz yang disukai
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 600 ml santan cair
  • 400 ml santan pekat
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk / kisar:
  • 20 tangkai cili padi
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu kecil jintan manis kasar
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan perencah dan serai hingga terbit aroma.
  2. Masukkan perut. Gaul sebati dan kemudian masukkan santan cair. Biarkan masak mendidih
  3. Seterusnya masukkan nangka muda, kacang panjang dan asam keping.
  4. Tuangkan santan pekat. Gunakan api perlahan.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau sekali-sekala dan apabila kuah mendidih, padamkan api dapur.

Ratah saja pun sodap!


13 ulasan:

  1. Fuh... ada campur perut sapi yek... menyelerakan... tp sy x mkn sayur nangka... cempedak mkn.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cempedak dan nangka tu kira sekeluarga juga kan Mira. Macam sepupu sepapat gitu.

      Padam
    2. Betul... tp buahnya rasa x sama... sy x dpt hidu bau nangka.. pening... tp cempedak suka pulak.. so kalau dibuat sayur pun x suka yg nangka tp sy rasa rasanya sama... hahaha

      Padam
  2. Ohhh..lagi sedap ye letak rempah ratus tu. Tengok lauk nangka muda masak lemak kak Amie, rasa teringinlah pulak. Nak masak tu macam becinta pulak sebab kita je yang makan sorang. Kalau masak, dua tiga makan baru habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak sikit jew ketumbar dan jintan tu.
      Betul Fiza, kalau tak ramai yang makan baik beli saja kalau ada dijual.
      Kak Amie masak ini pun memang dah plan, separuh simpan dalam peti sejuk buat bekal ke tempat kerja.

      Padam
  3. Saya suka gulai nangka...tapi kalau ada campuran isi perut lembu belom pernah coba kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam boleh tambah bahan dalam gulai nangka. Salah satunya, perut.

      Padam
  4. sedapp kan, sama la menu kita smlm masak lemak daging korban da nagka jga. nangka muda dari kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Cik Nur nangka muda masak lemak.

      Padam
  5. Sy rasa, kesedapan bila berempah macam tu, mesti macam masak lodeh dengan rendang masa raya. Sy ada perut lembu, mmg berangan nak masak lemak, kalau ada nangka, boleh dicampur sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah resipi orang dulu-dulu.
      Ada sahaja bahan digunakan untuk sedapkan rasa.

      Padam
  6. apa2 masakan yg ada perut lembu ni mmg menyelerakan👍👍

    BalasPadam
  7. Kat rumah SA x laku kalau gulai nangka, selalunya perut lembu gandingkan dengan rebung

    BalasPadam