Pages

Sabtu, 8 Julai 2023

Resipi Perut Lembu Air Asam

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi jalan-jalan sampailah ke Tanah Jauhar. Ternampaklah COLEK@AIR ASAM PERUT LEMBU KORBAN SK. Kecur sekecur-kecurnya sampai terpaksa lari balik nak selongkar peti sejuk cari baki perut lembu. Kebetulan di pertengahan jalan terserempak dengan si mambang. Jadi seretlah si mambang minta bantu siapkan Perut Lembu Air Asam di dapur kita!

Perut Lembu Air Asam

Resipi Perut Lembu Air Asam
Bahan-bahan:

  • 500 gram perut lembu - rebus hingga empuk - hiris iku saiz yang disukai
  • 10 biji tomato ceri - belah 2
  • 5 biji bawang merah - hiris
  • 7 helai daun ketumbar jawa - hiris
  • 10 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 2 sudu besar  air rebusan perut
  • 1 cawan air rebusan perut lembu
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar kasar:
  • 1 sudu kecil belacan - bakar
  • 10 tangkai cili padi
Cara:
  1. Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas.
  2. Gaul sebati.
  3. Hidangkan.


Kita memang tak sabar nak meratah. Makan begitu saja tak mahu ada nasi. Encik Suami makan dengan nasi. Katanya, air asamnya sedap! Kalau dah kata sedap, memang sedaplah.

Dah puas dan kenyang meratah Perut Lembu Air Asam, kita lepaskanlah si mambang balik ke Tanah Jauhar untuk kembali berkhidmat kepada tuannya di sana. Terima kasih mambang. Kirim salam sama Mak Inche ya.

7 ulasan:

  1. Menarik hidangannya. Begitulah bila terpengaruh dengan rakan blogger sementara mambang rajin mengikut balik tu. Hihi...

    BalasPadam
  2. Bukan main si mambang jalan2 sampai ke sanun ya.. siap buatkan perut lembu air asam pula, kenapalah tak dikirimkan dengan si mambang perutnya semangkuk??

    BalasPadam
  3. Nampak meriah perut air asam tu.. saya boleh makan kalau orang lain yang buat hehehe..

    BalasPadam
  4. sedapnya tgk walaupun x pernah lg rasa... selalu mkn perut yg masak jd sambal goreng je

    BalasPadam