Pages

Sabtu, 8 Julai 2023

Makan Udang Geprek di Fire Chicken

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum masuk dapur untuk masak tengah hari, jom masik ke Fire Chicken Restaurant dulu. Sebelum ini Amie pernah kongsikan :FIRE CHICKEN LAHAD DATU. Dua hari lepas kami makan tengah hari di sini, berdua saja dengan Encik Suami.


Nasi Udang Geprek


Antara menu yang kami pesan:
  • Blue Lemon Mojito
  • Air Suam
  • Sup Tulang
  • Nasi Udang Geprek
  • Wan Tan Hor

Blue Lemon Mojito
RM7.50

Wan Tan Hor
RM10.00

Sup Tulang
RM15.00


Kami sangka hanya sup tulang sahaja, rupanya datang bersama nasi!

Jadi, Encik Suamilah yang jadi mangsa! Sudah makan Wan Tan Hor, kena makan nasi pula!


Nasi & Udang Geprek Rm14.00

Kita memang sengaja ajak Encik Suami makan di sini sebab hendak makan sambal geprek yang pedas itu dan juga cendawan enoki goreng! Kali ini tidak mahu ayam goreng. Nak makan udang goreng dengan sambal geprek pula.


Cendawan enoki goreng memang sedap. Selepas ini berangan-angan hendak goeng sendiri cendawan enoki di rumah. Nak ratah puas-puas!

Eh! Jom masuk dapur.
Kita masak untuk hidangan tengah hari.
Hendak masak lauk apa ye?

7 ulasan:

  1. Nak masak apa tu, Kak Amie?

    Cendawan enoki kalau goreng tepung, tak melekat kat gigi agaknya kan.. mesti sedap tu, rangup². Sup tulang pun nampak sedap, lama² mok² En Majid.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap semuanya
    selamat nemjamu selera

    BalasPadam
  3. Selain ayam geprek, udang geprek sedap juga. Udang dan cendawan enoki rangup tu yang best tu. Tak lupa juga, Blue Lemon Mojito tu tempting warnanya. Menarik pelanggan untuk memesan. Dalam menu dia tak mention nasi sekali ye kak Amie. Rezeki dapat nasi sekali.

    BalasPadam
  4. Memang nampak pedas sambal geprek tu.. alang-alang pedas baru puas!

    BalasPadam
  5. cendawan enoki tu nampak sedap ranggup kak oi...

    BalasPadam
  6. sedapnya layan udang geprek tu kak oi

    BalasPadam
  7. fav budak² ni enoki goreng... dlm tomyam pun sebolehnya request nk letak enoki jugak

    BalasPadam