Pages

Sabtu, 8 Julai 2023

We Didn't Forget Your Birthday! We Just Didn't Wish On Time

Bismillahirrahmanirrahim.
Kesibukan yang melanda dengan pelbagai program yang perlu dilaksanakan menyebabkan kami tidak dapat meluangkan masa untuk meraikan ulang tahun salah seorang geng kaki jalan tepat pada masanya! Biar pun agak terlewat, namun kami tetap usahakan agar dapat bersama-sama menyambutnya. Setelah dipersetujui, Amie membuat tempahan di sebuah cafe pada waktu petang, bersamaan pada hari Sabtu 08 Julai 2023. Namun begitu, perancangan manusia yang lemah tiada siapa dapat mengatasinya.  Pada pagi Jumaat 07 Julai 2023, tuan punya cafe memaklumkan bahawa cafe hanya dibuka pada pukul lapan malam!

Lebih kurang pukul 8:30 pagi, Amie tulis dalam WhatsAap Group Geng Kaki Jalan:
Apa kata lepas sekolah hari ini kita ke The Beanery Cafe?

Alhamdulillah, dalam masa yang singkat sebahagian besar Geng Kaki Jalan memberikan persetujuan. Nampaknya benda yang dirancang dan diatur lebih awal terus ke laut, sebaliknya cadangan spontan pula yang menjadi!

Kali ini kami meraikan ulang tahun Kamsiah yang jatuh pada 29 Jun 2023 lepas.


Wajah-wajah keletihan  namun di hati berasa gembira dapat bersama.


Pada 17 Jun 2023 lepas, Amie bersama Firdaus meraikan ulang tahun Encik Suami di sini: FIRDAUS SAMBUT ULANG TAHUN BABA DI THE BEANERY CAFE. Setiap hari The Beanery Cafe akan kongsikan makanan serta jenis-jenis kek yang dijual pada hari tersebut di Facebook. Sekiranya datang waktu petang, biasanya kek sudah habis.


Amie bisik di telinga Nano supaya cepat-cepat membuat pilihan kek di kaunter sebab ketika itu ramai pelanggan yang sedang menanti giliran untuk memesan makanan. Kek yang ada pada hari Jumaat ialah:

Today's Cake
Lemon Cheese Cake
Salted Butter Cream
Matcha Red Bean
Tiramisu
Avocado Mousse
Mango Mousse
Chocolate Banana
Chocolate Oreo

Sumber : The Beanery Cafe






Maka Nano pun menjalankan tugasnya memilih kek yang semuanya nampak comel! Tidak lama kemudian enam jenis kek sampai ke meja kami:
  • Chocolate Oreo Cake
  • Tiramisu Cake
  • Matcha Redbean
  • Mango Mouse Cake
  • Salted Butter Cream
  • Lemon Cheese

Seronoknya sesekali meluangkan masa untuk menghilangkan segala tekanan di tempat kerja!

Happy Belated Birthday Kam!
Didoakan agar sentiasa sihat, dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Amin.

Nanti boleh kita atur untuk jalan-jalan lagi, layan kaki yang selalu gatal untuk mengembara!

Semoga ukhuwah terus berpanjangan.

Salted Butter Cream

Mango Mousse Cake

Tiramisu Cake

Lemon Cheese


Matcha Redbean

Chocolate Oreo Cake


Minuman yang dipesan:
  • Blueberry Soda
  • Mango Soda
  • Lemon Scented Tea (Cold)
  • Iced Caramel Macchioto
  • Salted Caramel Macchioto
  • Chocolate Frappe
Blueberry Soda

Salted Caramel Macchioto

Iced Caramel Macchioto


Makanan pilihan kami:
  • Taco Fries
  • Mexican Tostada
  • Fried Chicken Wrap
  • Fish & Chips
  • Fish & Chips Wrap
  • Black & White Baked Rice
  • 2 PCS Combo


Kavvy : Fish & Chips Wrap

Amie : Mexican Tostada

Fried Chicken Wrap
Entah di mana silapnya sewaktu memesan, terlebih pula makanan yang dihantar.
Amie ambil dan bawa pulang untuk Firdaus.

Nano, Kamsiah & Darwisah : Fish & Chips

Misa & Sinar : Taco Fries

Jusna : Black & White Baked Rice

Firah : 2 PCS Combo


Memang meriah sungguh kami di The Beanery Cafe. Semua kek sedap belaka, dan tidak terlalu manis. Makanan dan minumannya pun pelbagai pilihan. Hilang seketika rasa beban kerja yang digalas setiap hari.

Selamat menjamu selera!

Fish & Chips : Memang mengenyangkan kerana besar portionnya.

Salted Butter Cream : Tidak terlalu manis. Cukup rasa.



Alhamdulillah. Semoga semuanya gembira dan pulang ke rumah masing-masing membawa kenangan indah di The Beanery Cafe yang terletak di:

Lot No B3 (7701),
1st Floor,
Lahad Datu Square,
KM 3.5 Dam Road,
Lahad Datu, Sabah.



Semoga dapat bersama lagi di lain masa.

The Beanery Cafe di tingkat atas.

Jumpa lagi!


9 ulasan:

  1. Comel2 kek dijual di Beanery Cafe tu ye Kak Amie. Makanan pun nampak sedap.. Biasalah, plan spontan selalunya lebih berjaya drpd yang dirancang ๐Ÿ˜… Happy birthday buat kawan Kak Amie.

    Aktiviti Keluarga Pada Hujung Minggu

    BalasPadam
  2. Cafe tumpuan ramai ni. Mesti keknya sedap terlajak laku. Comel comel pulak tu keknya. Happy birthday buat kawan kak Amie. Semoga panjang umurnya dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, bahagia hendaknya. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Better late than never :D
    Lama tak nampak posting Kak Amie dgh geng kaki jalan ni. Masing-masing sibuk dgn tugas masing-masing, begitulah kita kan... Kadang tak perlu beria-ia merancang, ada kesempatan terus onz ja :)

    BalasPadam
  4. Wahhh.. cantik dan cute kek2 tu, Kak Amie. Mesti seronok makan ramai2 dengan hidangan yg menyelerakan ni.

    BalasPadam
  5. hpbday yg menyambutnya bhgia diraikan sedap semua kek comel

    BalasPadam
  6. Wahhhh... seronoknya bersama kawan-kawan meraikan sambutan hari lahir.
    Makanan dan minuman semuanya menyelerakan.

    BalasPadam
  7. Kue nya cantik"banget .sayang mau di makan๐Ÿ˜..indahnya persahabatan

    BalasPadam
  8. comel-comel betul dessert tu kak, kek tu pun alahai semua mengganggu napsu betul, menggoda. Seronok kumpul-kumpul gini

    BalasPadam
  9. wah... orang-orangnya semuanya secomel keknya... seronok lepak² begini sambil makan sedap

    BalasPadam