Pages

Sabtu, 8 Julai 2023

Resipi Bihun Goreng Daging

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Jom sarapan dengan Bihun Goreng Daging di dapur kecil kami.


Bihun Goreng Daging


Resipi Bihun Goreng Daging
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa hingga lembut - toskan airnya
  • 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus (jika daging muda / lembut tak perlu rebus)
  • 1 tangkai sayur sawi - pisahkan batang dan daun
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 7 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan - pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  3. Masukkan hirisan daging bersama batang sawi.
  4. Kacau beberapa kali.
  5. Kemudian masukkan bihun bersama daun sawi.
  6. Taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  7. Gaul rata.
  8. Padamkan api dapur.

Bihun Goreng Daging


Air Bunga Telang

Pagi tadi Encik Suami petik bunga telang di Taman Firdaus. Dapat segenggam, bolehlah masak untuk dijadikan minuman pagi. Resipi Air Bunga Telang ada di sini: CARA MEMBUAT TEH BUNGA TELANG YANG SEDAP!

Jumpa lagi!

3 ulasan:

  1. cantik gelas wedang telangnya kak amie...mbul rutin juga minum bunga telang karena seger di badan...bikin hangat

    kalau bihun sih dah pasti nda usah ditanya mbul sangat suka apalagi bihun goreng ada suiran daging atau ayamnya...mbul suka bihin yang banyak kolnya juga biar krancy

    BalasPadam
  2. Bihun goreng kak Amie tak pernah tak menarik. Tempting dan nampak kesedapannya tu. Tambah pula ada daging. Nampaknya rezeki dapat mengeteh bunga telang selalu lah ni.

    BalasPadam
  3. Hari tu kita goreng bihun juga tapi lupa nak ambil gambar

    BalasPadam