Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti hari ini? Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Sudah masak untuk makan tengah hari?
Kami masih kenyang sarapan Pulut Tiga Rasa. Jadi belum bersedia untuk masuk dapur lagi.
Jom sarapan Pulut Tiga Rasa dengan Rendang Rusa.
Resipi Rendang Rusa ada di sini: RESIPI RENDANG RUSA.
Pulut Tiga Rasa & The Gang |
Pulut Tiga Rasa & The Gang:
- Pulut Kuning
- Pulut Pandan
- Pulut Bunga Telang
- Rendang Rusa
- Telur Rebus
- Mangga Manila
Air Bunga Telang |
Resepi Air Bunga Telang ada di sini:
Amie hanya kukus pulut dan rebus telur sahaja. Rendang Rusa memang sudah sedia ada dalam freezer. Nyahbeku dan panaskan. Encik Suami kutip mangga manila di belakang rumah. Harum dan manis. Mangga manila ini dari pokok jiran belakang rumah. Pokoknya berbuah lebat dan kalau buahnya sudah masak, sebahagiannya jatuh ke belakang rumah tiga jiran termasuk kami. Sudah dipesan oleh tuan mangga manila kalau mangga jatuh ke kawasan kami, ambil saja. Alhamdulillah. Boleh dikatakan setiap hari memang gugur sebiji dua di belakang dapur kami.
Pulut Tiga Rasa & The Gang |
Amie gunakan kreativiti sendiri untuk masak sekali gus Pulut Tiga Rasa. Jomlah baca cara olahannya di bawah ini.
Resipi Pulut Tiga Rasa
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras pulut - cuci dan toskan
- 2 cawan air ditambah 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 cawan jus daun pandan
- 2 cawan air rebusan bunga telang
- 300 ml pati santan
- garam & gula secukupnya
Cara penyediaannya:
- Bahagikan beras pulut kepada tiga bahagian. Setiap satu bahagian direndam dengan air kunyit, jus daun pandan dan sir rebusan bunga telang secara berasingan.
- Rendam selama 2 jam.
- Didihkan air dalam periuk pengukus.
- Bahagikan tiga ruangan untuk setiap beras pulut.
- Kukus selama 20 minit.
- Campurkan pati santan dengan garam & gula secukupnya.
- Buka penutup pengukus, dan tuangkan santan tadi secara sama rata ke atas ketiga-tiga jenis pulut tadi.
- Gaul perlahan-lahan hingga sebati dan tutup semula periuk pengukus.
- Biarkan selama 10 minit atau sehingga pulut tanak / masak sepenuhnya.
Rajinnya mambang bantu kak AMie buat tiga jenis pulut. Tentu sedap dimakan dengan rendang rusa. Pulut mangga pun sedap juga.
BalasPadamRupanya si mambang patah balik ke LD.
PadamDah disuruh pulang ke Tanah Jauhar, tapi hatinya tertinggal di sini.
Cantiknya kak..warna warni..sedap jugak pastinya..
BalasPadamMenarik tu kukus sekali 3 perisa.
BalasPadamKak Amie guna loyang yang berbeza ke untuk kukus pulut tu dalam periuk kukusan?
Bila baca nampak macam satu tapi bila campurkan santan tak bercampur ke warna nya?
ya Allah kak, geramnya nengok semua menu tu . lengkap dengan lauk dan buah mangga lagi aduhai
BalasPadamDah macam kat Resto ni Kak Amie. Sedapnya 3 jenis pulut tu, menarik 3 warna 3 rasa berbeza. Dihidangkan pulak dengan rendang rusa. Alahaii terliur. Lama tak makan daging rusa yang sedap tu.
BalasPadamaduyai sedapnya pulut dan rendang... tgk org lain mcm senang je masak pulut tp sy masih x konfiden lg nk masak pulut... tkt x jadi... tp mmg x pernah cuba pun, macam mana nk tau jadi ke x kan? beli je beras pulut tp x masak... semoga kak amie dpt bg motivasi utk org mcm sy ni try masak pulut.. hehehe
BalasPadam