Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum kami masuk ke Restoran XYZ untuk kali ketiga pada 21 Jun 2023, Encik Suami bertanya : Tidak kapokkah masuk ke sini lagi? Kapok dalam bahasa Cocos bermaksud jerak. Eh, jerak apa maksudnya pula? Amie selalu dengar orang LD sebut jerak. Macamana Amie hendak jelaskan maksudnya ya. Tak apalah. Baca dahulu entri ini sampai habis, lepas itu mungkin boleh faham apa maksud kapok atau jerak itu.
Kami makan tengah hari di Restoran XYZ :
- Cendol Special
- Chicken Chop
- Sizzling Yee Mee (Seafood)
|
Cendol Special |
|
Encik Suami : Yee Mee Sizzling (Seafood) |
|
Amie: Chicken Chop |
|
Cendol Special ini kami makan berdua, tapi tak habis sebab saiz besar! |
Kami tidak menunggu begitu lama untuk menikmati makanan yang dipesan. Kami memesan pada pukul 1:20 petang dan cendol sampai ke meja pada pukul 1: 29. Pesanan akhir sampai iaitu Chicken Chop pada pukul 1.42 petang. Kebetulan pula restoran agak lengang kerana waktu itu bukan waktu puncak orang mencari makan tengah hari.
Di bawah ini, gambar yang diambil pada 28 Disember 2021. Waktu itu Abang Farid dan Aseeyah sedang bercuti di LD. Jadi kami singgah di Restoran XYZ ini pada pukul 4:30 petang. Ini kali pertama kami makan di sini. Makanannya sedap, tapi agak lambat dihidangkan. Lewat setengah jam, masih boleh kami terima kerana waktu itu perut belum lapar sangat.
|
Firdaus dengan Milo Ais. |
|
Amie : Jus Nanas |
|
Abang Farid : Jus Tembikai |
|
Aseeyah : Nasi Goreng Kampung |
|
Abang Farid : Nasi Goreng Pattaya |
|
Rasanya Bihun Goreng ini bukan Firdaus punya! Mungkin Encik suami yang pesan. |
|
Amie : Mi Goreng Ayam |
|
Mi Goreng Ayam ini memang sedap! Banyak aksesorinya sembunyi di bawah timbunan mi dan telur mata. |
|
Firdaus dengan Kakak Aseeyah memang tak mahu berenggang! |
|
Firdaus : Mee Maggi Goreng |
Walaupun makanan yang dipesan agak lambat siap pada kali pertama kami makan di sini, tetapi kami datang sekali lagi pada 03 Januari 2022. Waktu itu Abang Farid dan Aseeyah masih lagi bercuti di LD. Kali ini memang sungguh mencabar kerana makanan yang dipesan lebih lambat dari kali pertama kami datang. Pelanggan tidaklah begitu ramai, tetapi Firdaus seperti mahu menangis menunggu kentang gorengnya sampai! Mengikut butiran dalam galeri HP, lebih satu setengah jam kami berada di restoran tersebut. Makanan yang dipesan pun biasa-biasa sahaja. Sebahagian gambar sudah Amie buang kerana rasa berbelah bahagi untuk dijadikan entri, tetapi masih ada yang tertinggal seperti yang tertera di bawah ini.
Sewaktu membayar harga makanan di kaunter, Encik Suami membuat teguran: Makanan di sini sedap, tapi sangat lambat dihidangkan. Alasan yang diberi oleh pekerja di kaunter ialah : Kami tidak cukup tukang masak.
Tak ingat dah apa nama menu yang kami pesan. Oh ya! Sudah dapat agak maksud kapok dan jerak? Tanya Encik Suami tadi maksud kedua-dua perkataan tersebut. Amie tanya apa maksud jerak. Encik Suami jawab maksudnya kapok. Amie tanya lagi apa maksud kapok? Kapok bermaksud serik! Ooooo.... serik!
Sebenarnya memang ada rasa kapok. Rasa jerak. Dan rasa serik. Tapi teringat ada menu yang sedap di Restoran XYZ, itulah kaki melangkah untuk kali yang ketiga makan di situ.
walaupun kapok, tapi disebabkan makanan nya sedap, sabar jelah...satu jam setengah mmg lama sungguh...chicken chop tu..perghh..sedapnya..
BalasPadamHahaaaa.... Memang tak kapok- kapok.
PadamJerak tu "tak serik"... org sarawak pun ckp mcm tu lah... x jerak kah pegi kedai tu? nnt order lmbt sampai lg... ahahaha
BalasPadamOoo sama kot orang Borneo guna perkataan jerak.
Padamjerak tu jemu kut ye Amie, kalau sedap hari-hari pun tak pe kan hehe :)
BalasPadamSerik AJ. Kira tak pandai taubat hihihiii.
PadamOh, serikkkk.. kalau sy memang serik Kak Amie. Tapi, Kak Amie belum cerita berapa lama tunggu makanan masa datang kali ketiga ni.
BalasPadamSaya tengok balik masa dalam butiran galeri HP. Sudah dikemaskini masa menunggu kali ketiga. Tak lah lama sangat kan.
Padamkak bahasa jawa kapok tu mcm serik sama jugak..hahahhhha, mungkin kesedapan hidangan nya tu buat akak tak kapok
BalasPadamoh...kapok tu serik yer..
BalasPadamTapi kalau makanan sedap payaj nak kapok ni🤭
Kalau saya tahu terlalu lama tapi sedap menunya, mungkin sebelum ke sini, dah standby perut agar tak terlalu kelaparan time tu.. Biar mood baik baik saja Sewaktu menunggu.. atau order yang ringan ringan time menunggu tu..ehehe
BalasPadamkapok tu yg selalu sy dgr = gitar kapok 😁😁
BalasPadamtukang masak lari kot kak?😁😁 tu yg lambat sangat tu...
firdaus nampak lain bila tak pakai spek. comelll je... nampak iras2 kak amie pula..
Samakah maksudnya dengan gitar kapok erk...hehehe...x kapok- kapok ye kak amie..walau lambat...
BalasPadamKalau lambat patah selera. Mujur sedap. Kadang tu lah kan, serik pun datang jugak sebab memikirkan menu sedap yang buat teringat ingat tu. Firdaus ada kakak Aseeyah memang takmo berenggang. hehe...
BalasPadam