Pages

Jumaat, 30 Jun 2023

Sarapan Bihun Goreng Pedas & Minum Air Bunga Telang Homemade

Bismillahirrahmanirrahim.
Sarapan apa pagi ini? 
Kena alas perut dahulu sebelum keluar rumah.... ahaks! Hari ini dapat jemputan majlis doa selamat di rumah kakak ipar selepas waktu zohor. Jadi, tengah hari nanti gantung periuklah. Tapi di waktu pagi, dapur tetap berasap.

Jom sarapan:

  • Bihun Goreng Pedas
  • Air Bunga Telang
Bihun Goreng Pedas & Air Bunga Telang


Bihun Goreng Pedas

Resipi Bihun Goreng Pedas
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa sehingga kembang - toskan
  • 12 ekor udang kertas -bersihkan 
  • 4 ekor sotong torak - bersihkan - potong ikut suka
  • 1 mangkuk sayur cekuk @ cekur manis
  • 4 sudu besar minyak
  • garam  / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 2 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  4. Kacau sehingga udang dan sotong berubah warna.
  5. Seterusnya masukkan bihun bersama sayur cekuk@cekur manis.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Gaul rata sehingga cekuk @cekur manis berubah warna.
  8. Padamkan api dapur.
Air Bunga Telang Homemade

12 ulasan:

  1. wah...sedap tu kak.. alhamdulillah
    salam aidil adha di sini

    BalasPadam
  2. Minta sepinggan Bihun Goreng Pedas tu Kak Amie! Air Bunga Telang seksi betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hantar mambang ke sini ambik bihun goreng ye SK hihihiii.

      Padam
  3. Salam Aidil Adha utk Kak Amie sekeluarga.
    Kita goreng mee daging hari ni Kak. Daging korban semalam hehe...
    Lama tak minum air bunga telang...

    BalasPadam
  4. banyaknya kakkkkk cili padinya hhehe

    BalasPadam
  5. bihun ditambah taburan telur rebus dan penuejuk air bunga telang...nikmat rasanya meneguknya kak amie...mbul suka sangat air bunga telang yang cantik

    BalasPadam
  6. pagi tadi SA buat nasi goreng je kak amie...lebihan nasi banyak..semalam masak banyak kan...kepas tu goreng telur mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng pun sodap SA. Kak Amie pun ada lebihan nasi, nanti nak goreng juga.

      Padam