Pages

Jumaat, 30 Jun 2023

Coto Makassar & Nasi Minyak di Pagi Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami suka makan Coto Makassar di warung tetapi sekarang tidaklah dapat menikmatinya seenak dahulu. Dalam semangkuk Coto Makassar, bahan seperti perut dan lain-lain semakin sedikit, dihiris halus-halus  dan kadang-kadang boleh dikira dengan jari. Kalau hendak puas makan, kenalah rajin masak sendiri. Waktu hari raya, kadang-kadang Amie masak Coto Makassar untuk tetamu. Kali ini Amie masak Coto Makassar untuk hidangan keluarga sahaja.

Untuk menghasilkan Coto Makassar yang enak, Amie gunakan resipi yang dipelajari daripada pembantu rumah MIL & MIL. Lama dulu, entah di mana bekas pembantu rumah itu sekarang. Walaupun tidak pernah bertemu lagi, tetapi kenangannya tetap bersama kami terutama sewaktu menyediakan dan makan Coto Makassar. 

Resipinya ada di sini:

Coto Makassar

Nasi Minyak & The Gang

Awal pagi lagi Lina, anak buah sudah siap masak nasi minyak. Dikirimkannya kami dua bekas nasi minyak dengan lauk ayam rendang dan daging masak hitam. Amie tambahkan acar dari dapur sendiri.


Amie buat acar timun campur mangga dan epal hijau.

Encik Suami makan dua mangkuk Coto Makassar!

Jumpa lagi!

7 ulasan:

  1. Aaduhai...sedapnya hirup coto makasar tu...mesti rasa segar badan kan kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap SA.
      Aroma sup coto tu yang membangkitkan selera.

      Padam
  2. Walaupun tak pernah menikmatinya, terasa sedapnya Coto Makassar dalam gambar. Nasi minyak lagilah nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sendiri memang sedap SA.
      Kita ikhlas bubuh bahan yang sedap-sedap hahahahaa!

      Padam
  3. Teringin pula makan coto makasar tu tapi kat sini belum jumpa lagi. Kalau tengok bahan dan cara memasak takdelah rumit, cuma perlukan kerajinan je 😅

    BalasPadam