Pages

Khamis, 29 Jun 2023

Resipi Rendang Rusa

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Aidil Adha buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Amie kongsikan resipi Rendang Rusa, salah satu menu hidangan kami di pagi Aidil Adha 1444. Kelmarin tak jadi merendang, simpan semua bahan dalam peti sejuk. Pagi ini timbul semula semangat yang terbenam dalam laut. Makan, terhidanglah Rendang Rusa di atas meja makan. Seperti biasa, Amie lebur semua bahan sekali harung di dalam kuali. Tiada penggunaan sebarang rempah seperti rempat empat atau lima sekawan dan yang sewaktu dengannya. Pastikan gunakan santan segar untuk hasil yang lazat! Amie tambahkan cili padi siam. 

Tak banyak mana pun Amie masak rendang rusa. Hanya satu kilogram sahaja. 

Rendang Rusa

Rendang Rusa

Resipi Rendang Rusa
Bahan-bahan:


  • 1 kg daging rusa - potong ikut saiz yang disukai
  • 1 kg pati santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 helai daun kunyit - dihiris
  • 2 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 3/4 cawan parutan gula melaka
  • 2 keping asam gelugur
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:

  • 7 ulas bawang putih
  • 5 labu bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
  • 30 tangkai cili padi siam - boleh gunakan cili padi jenis lain atau cili kering - bilangan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan yang diingini

Cara memasak:
  1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
  2. Masukkan daging rusa.
  3. Kemudian masukkan semua bahan kisar.
  4. Masukkan gula melaka, asam gelugur, kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
  5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
  6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
  7. Apabila kuah mulai mengering dan terbit minyak, masukkan daun limau purut dan hirisan daun kunyit.
  8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
  9. Padamkan api dapur.

Rendang Rusa

Rendang Rusa ini, walaupun Amie gunakan cili padi siam rasanya tidaklah begitu pedas menyengat. Barangkali kombinasi santan yang lemak, gula melaka, asam keping dan bahan perasa lain menjadikannya Rendang Rusa yang cukup rasa!

Jumpa lagi!

10 ulasan:

  1. Rusa?

    Salam aidiladha dari uncle!

    BalasPadam
  2. Ya ampunnnn.. tentu sedap daging rusa tu dibuat rendang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK.
      Marilah hantar mambang sini ambil rendang rusa.

      Padam
  3. sedapnya kak... beli kat mana daging rusa kak? sy penah mkn sekali je... tu pun puluh tahun dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time dekat raya selalunya ada orang jual, tapi siapa cepat dia dapatlah.

      Padam
  4. rendang rusa? dagingnya kelihatan berbumbu setelah dimasak dan cantik dengan plating hijau dan garnish yang kak amie tata..love it

    BalasPadam
  5. Ambil masa yang lama kan nak masak daging rusa ni kak amie..sebab setau SA daging rusa liat sedikit compare dengan daging lembu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rusa tua memanglah liat. Kalau daging muda sekejap jew masak dah empuk.

      Padam