Pages

Isnin, 26 Jun 2023

Ikan Pari Masak Pindang Pedas

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita minggu lepas.
Pada mulanya hendak masak ampap ikan, tapi terlebih kuah terus jadi ikan masak pindang! Kuahnya nampak kuning kemerahan sebab bubuh cili padi merah kisar. 

Ikan Pari Masak Pindang Pedas

Resipi Ikan Pari Masak Pindang Pedas
Bahan-bahan:

  • 500 gram ikan pari - bersihkan - potong ikut suka
  • 700 ml air
  • 2 batang serai- diketuk
  • 2 cm halia - diketuk
  • 7 biji tomato kampung - belah jangan putus
  • 2 sudu kecil pati asam jawa
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan halia sehingga terbit aroma.
  2. Tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan pati asam jawa.
  4. Kemudian masukkan ikan pari. Biarkan mendidih sekali lagi atau sehingga ikan pari masak.
  5. Seterusnya masukkan tomato kampung, dan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Ikan Pari Masak Pindang Pedas

11 ulasan:

  1. Kalau dipadankan dengan sambal belacan, ulam dan telur masin mesti bertambah2 nasi dalam pinggan!

    BalasPadam
  2. sedapnya... sokong idea carneyz... mmg ngam dah

    BalasPadam
  3. Bolehlah beli ikan pari dan masak pindang ni nanti :)

    BalasPadam
  4. Tengok masakan kak Amie sentiasa mengiurkan!

    BalasPadam
  5. dana jarang betul masak ikan pari, sebab pernah terkena yang dah tak sedap isi nya

    BalasPadam
  6. makan kuah banjir..masam2 pedas bertambah la nasi ni

    BalasPadam
  7. Sedapnya...hari tu nampak ikan pari fresh nak beli kat pasar..tapi bila bau..SA bau hancing sangat..terus x jadi beli

    BalasPadam
  8. sedapnya! terus terlapar lak sang perut 🥰😋

    BalasPadam
  9. uihhhh sedapnyaaaa pariiiii!!! fav sy ni. x kisah msk apa pun sy bedal je😁 kat LD pari mesti murah kan? kat sini yg dah siap potong pun dah mahal...😔

    BalasPadam