Pages

Isnin, 26 Jun 2023

Fire Chicken Lahad Datu

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan di Perdana Square, Lahad Datu. Kita singgah di Fire Chicken.

Sumber : FB FIRE CHICKEN

Alhamdulillah, sewaktu kami tiba keadaannya tidaklah begitu sesak dengan pelanggan. Sebelum ini kami hanya lalu lalang sahaja di hadapan restoran ini. Kalau waktu malam memang penuhlah dihujani pelanggan sehingga memenuhi ruang luar restoran. Apa agaknya yang istimewa di sini dengan tagline : SPICY, HOT & CHEEZY ITU?

Banyak menu yang ditawarkan dan nampak sedap belaka. Kami memesan:

  • Mango Mojito
  • Soda Herbs
  • Spicy Fire Chicken
  • Geprek Paha
  • Tom Yam Ayam

Encik Suami : Soda Herbs RM7.50

Amie : Mango Mojito RM7.50

Encik Suami : Spicy Fire Chicken RM12.00

Spicy Fire Chicken merupakan signature dish di sini. Kata Encik Suami, rasanya pedas tapi sedap! Amie cuba makan seketul ayam dari pinggan Encik Suami. memang rasa pedas tapi cukup enak! Selain hirisan timun, ditambah pula dengan cendawan enoki goreng yang rangup. Wah, tambah lazat! Pertama kali kami makan cendawan enoki yang diceraiberaikan sebelum digoreng dengan tepung. Kalau ada Firdaus, tentu budak kecil itu akan minta tambah sebab Firdaus penggemar cendawan enoki goreng!

Amie : Geprek Paha 1000 Cabe RM11.00

Barangkali perkataan 1000 cabe itu untuk membayangkan tahap kepedasan sambal geprek. Memang pedas sampai meleleh, tapi tak dapat dinafikan keenakannya! Hidangannya ringkas sahaja, hanya ayam goreng bahagian paha, cendawan enoki goreng, hirisan timun dan sambal geprek. Namun ia adalah pinggan makanan syurga kerana Amie dapat menikmati sepenuhnya, terutama ayam goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam serta sambal cabe 1000 yang pedas menyengat!
Ayam (paha) goreng nampak baru digoreng. Masih panas!

Cendawan Enoki Goreng ini bakal mengundang kedatangan kami untuk kali yang seterusnya!

Menu tambahan : Tom Yam Ayam RM10.00

Bayangkan, sudahlah lauk masing-masing sudah pedas, ditambah pula dengan semangkuk Tom Yam Ayam dengan kuah yang panas, cukup rasa pedas, dan masam masinnya. Aduhai, kombinasi yang cukup membuatkan si pemakan terus meleleh! Sekali menyudu kuah tom yam, sudah tentu ingin meneruskan hirupan berikutnya. Banyak pula isinya, ditambah dengan sayuran segar seperti putik jagung, brokoli dan kubis bunga. Rezeki kami pada hari ini dapat makan tengah hari dengan hidangan ringkas yang sungguh menyelerakan. Alhamdulillah. Perut kenyang, hati pun senang. 


Nampaknya Fire Chicken sudah termasuk dalam senarai tempat makan yang bakal kami kunjungi lagi! Para pekerjanya baik-baik belaka, dan tidak perlu menunggu lama hidangan sampai ke meja. 

17 ulasan:

  1. Alamak, kesian la nanti Happy Spoon, dah ada pencabar. Menu² macam tak ada di HS ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy Spoon masih dikunjungi terutama waktu tengah hari untuk belikan Firdaus makanan buat bekal dia ke sekolah agama.

      Padam
  2. wah..menarikkkk... sambal lada di sabah mmg pedas kan? teringat dlu masa sampai di lahad datu... masa tu mkn bakso... sedap sgt dgn ladanya yg pedas & masam2... lepas tu terus sakit perut sbb perut terkejut... hehehe.. dpt bayangkan fire chicken ni mst pedas yakmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam jenis lada / sambal di LD. Memang kebanyakannya pedas menyengat!

      Padam
    2. itulah best... kalau balik kuching mst tapau cili padinya... pedas berabis... tp certain org sana ada jugak x mkn pedas... hehehe

      Padam
  3. Boleh bayangkan kesedapan semua menu tu.. hishhh. Ngences kite ni. Hahaha. Saya juga geng Firdaus. Suka sangat dengan cendawan enoki goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, Firdaus ada gang cendawan enoki goreng rupanya.
      Ada masa nanti nak bawa Firdaus makan di sini.

      Padam
  4. Sekarang ini jarang jumpa tomyam ada sayur. Bagus ada letak sayur.
    Cantik logo gambar ayam silang tangan sambil tersenyum sinis. Macam mencabar orang yang tengok supaya makan ayam beapi. Heh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya tom yam letak tomato dan lobak merah, tapi yang ini meriah dengan brokoli dan putik jagung.

      Padam
  5. Hidangannya walaupun ringkas nampak begitu menyelerakan.. Cendawan inoki tu mengancam betul bila dia buat macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cendawan enoki tu yang buat kita nak datang lagi.

      Padam
  6. Sambal ayam geprek tu memang nampak pedas.. kalau saya suka yang pedas baru puas. Cuma berpada-pada lah tahap kepedasannya. Ada sambal geprek atau penyet yang dijual agak manis.. memang potong selera lah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedas yang menyelerakan ni Faizah. Kalau ada minuman panas, lagilah best! Meleleh terus.

      Padam
  7. Nampak sedap...tapi nampak macam pedas betul tu...

    BalasPadam
  8. tgk air je dah tahu sedappppp

    harap2 ada laa buka cawangan kat sini😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooooh... fire chicken tak ada ye di sana.
      Marilah datang sini Anies.

      Padam