Pages

Isnin, 8 Mei 2023

Makan Nasi Ayam Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.
Lusa Abang Farid dan Aseeyah akan terbang ke Kuala Lumpur. Macam sekejap sahaja mereka bersama kami di LD. Hari ini Abang Farid terus ambil kesempatan makan nasi ayam di Bee Bee Ice. Kononnya Abang Farid ikut Encik Suami ambil Firdaus di sekolah kerana hendak membeli sesuatu di Watson. Setelah mendengar Firdaus merengek lapar di dalam kereta, Abang Farid terus ajak kami makan nasi ayam di restoran kegemarannya. Katanya, sebelum balik ke Kuala Lumpur, dia hendak belanja kami makan sekali lagi, tapi di tempat makan yang sama!

Beberapa hari lepas Amie kongsikan paparan di sini: RINDU NASI AYAM LD

Seperti sebelumnya, Abang Farid awal-awalsudah minta tambahan sepiring ayam lagi. 

Walaupun penuh dengan pelanggan tetapi pekerja Bee Bee Ice sangat cekap dan pantas. Makanan yang dipesan cepat sampai ke meja.

Firdaus masih berpakaian seragam sekolah rendah.

Walaupun Firdaus akan sambung ke sekolah agama, tetapi Encik Suami tidak risau terlewat sampai sekolah kerana Encik Suami yakin apabila makan di sini tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan. Firdaus masih ada masa untuk tukar pakaian kata Encik Suami.


Sukanya Firdaus dapat makan nasi ayam dengan lauk chicken chop. Supnya pula habis dia hirup dua mangkuk. Satu mangkuk supnya sendiri dan semangkuk lagi sup kita punya.

Oleh kerana hendak cepat, jadi Encik Suami hanya minta lauk tambahan tauhu telur masak sos tiram, dan sepiring hati ayam.

Tauhu telur masak sos tiram.

Amie : Nasi Goreng Ikan Masin & Hati Ayam Rebus

Selepas makan, kami minum teh cina panas.

Selepas itu kami hantar Firdaus ke sekolah agama. Firdaus tukar pakaian dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sekolahnya. Setelah menurunkan Firdaus, kami bergerak ke Seri Perdana kerana Abang Farid hendak ke Watson.

Terima kasih Abang Farid belanja kami makan nasi ayam lagi. Untuk Aseeyah yang masih kurang sihat dan sedang berehat di rumah, Abang Farid belikan sebungkus nasi ayam.

7 ulasan:

  1. Kenapa ada love kat spek Daus tu?

    BalasPadam
  2. Memang penggemar nasi ayam betul tu..
    Semoga Kakak Aseeyah dikurniakan kesembuhan dan Allah mudahkan urusan perjalanan Abang Farid dan Kakak Aseeyah kembali ke Malaya

    BalasPadam
  3. Wah, memang feveret, nasi ayam ye. Sekejap je, Abang Farid dan Aseeyah dah nak balik.

    BalasPadam
  4. Kesian, Aseeyah. Harap dah sampai Semenanjung nanti, dia kembali sihat utk bertugas.

    BalasPadam