Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita di hari lebaran ketujuh, Jumaat.
Menyantuni anak didik non muslim yang datang beraya. Mudah-mudahan semangat perpaduan semakin erat dalam kalangan rakyat majmuk di negara kita. Inilah masanya mereka memahami budaya serta norma masyarakat Malaysia.
Sebelum cuti hari raya, lebih tiga kali mereka bertanya: Cikgu bolehkah kami datang beraya di rumah cikgu? Sudah tentulah kita jawab: Boleh! Silakan datang. Cikgu tunggu. Paling seronok apabila ada di antara mereka bertanya: Cikgu masak rendangkah? Syukur! Generasi muda dari kaum lain, walau beza agama dan kepercayaan namun sudi mengikuti perkembangan dan budaya masyarakat Melayu. Mereka tahu ada masakan tradisi untuk juadah hari raya.
Dengan senang hati, kita jawab: Nanti cikgu masak rendang untuk kamu!
Walaupun tidak sempat menyediakan pelbagai juadah tradisi, namun sekurang-kurangnya dapat menyantuni kehadiran anak-anak didik untuk turut memeriahkan suasana hari raya.
Memang terasa kekurangannya pada hari tersebut kerana pada hari yang sama, Fuad dan Fairuz berangkat ke Kota Kinabalu pada pukul 10:30 pagi, dan Amie sibuk memasak sarapan pagi untuk keluarga.
Terima kasih sudi datang beraya di rumah cikgu. |
Sebelum anak didik datang beraya pada pukul 10 pagi, sempat menyantuni anak-anak buah bersarapan pagi sebelum berangkat ke Kota Kinabalu. |
Sebelum datang beraya, ada di antara mereka bertanya tentang pakaian. Adakah perlu pakai baju kurung? Amie jawab, terpulang dan yang penting nampak sopan. Ada seorang murid lelaki non muslim memakai baju melayu, bersongkok dan bersampin. Sayangnya Amie tak sempat rakam gambarnya kerana pada masa yang sama Amie berada di dapur untuk meneruskan kerja masak-masak!
Pandai mereka membawa diri, dan duduk bersila!
Kali ini hanya Aseeyah dan Abang Farid yang membantu di dapur. Aseeyah akan menjaga bahagian makanan, sekiranya berkurangan akan segera tambah makanan yang masih panas dari dapur. Encik Suami pula bantu sediakan air minuman. Abang Farid cuci pinggan mangkuk.
Menu ringkas yang sempat Amie sediakan:
- Nasi Minyak
- Sayap Ayam Goreng
- Rendang Daging
- Acar Mentah
- Dalca Tulang
Tak sangka pula mereka suka makan rendang daging!
Amie minta Abang Farid tinggalkan pinggan mangkuk di sinki supaya melayani kawan-kawan Fuad. Mereka merupakan bekas anak murid Amie juga. Sebenarnya mereka tahu Fuad sudah berangkat ke Kota Kinabalu, tetapi mereka datang juga dengan hasrat untuk ziarah kita.
Terima kasih sudi ziarahi cikgu. |
Amie teruskan masak-masak kerana pada sebelah petangnya ada tetamu lain akan datang, termasuk anak buah dan adik ipar. Anak buah teringin makan nasi lemak kerana katanya sewaktu majlis berbuka puasa di kampung, dia tidak dapat makan sebab sudah habis! Amie masak dua jenis nasi lagi iaitu nasi putih dan nasi lemak.
Aseeyah sempat kupas mangga muda untuk dijadikan kerabu. Jadi, ada lauk untuk nasi lemak, dan lauk untuk nasi putih.
- Sambal Sotong
- Telur Rebus & Hirisan Timun
- Rendang Daging
- Kacang Tanah dan Ikan Bilis Goreng
- Sayap Ayam Goreng
- Sambal Goreng Jawa
- Dalca Tulang
- Acar Mentah
- Kerabu Mangga
Sekian. Kisah Lebaran Hari Ketujuh |
Wow! Banyaknya kuih dalam balang!
BalasPadammeriahnyaaa...rumah SA dh xde org datang..close shop sbb kami kuarantin covid 19..
BalasPadambukan selalu kan dpt dtg ke rumah cikgu... pandai diorg dtg jumpa cikgu time raya๐
BalasPadamMasyaAllah hebat kak Amie mampu memasak macam-macam. Saya baca je terasa penatnya. Tapi tentu hilang rasa penat bila tengok tetamu makan dengan berselera.
BalasPadamSeronok saya tengok perpaduan antara kaum di sana. Pandai anak murid bertanya berkenaan pakaian.
Terbaiklah Kak Amie, masak macam² menu dan segala jenis nasi :D
BalasPadamSeronok sy tengok kawan² cikgu yg berkongsi gambar anak² murid datang beraya. Semuanya menerima kehadiran murid² dgn tangan terbuka ๐
Pasti seronok anak-anak didik datang ziarah ๐ฅฐ
BalasPadamcepatnya akak masak sempat masak macam2 menu..
BalasPadamMacam-macam menu cikgu amie dlm sehari ye... untung jd anak murid cikgu amie... kalau sy, masa sejenis je mlm kelmarin
BalasPadamTangkas dan hebat di dapur, Kak Amie. Juadahnya pun nampak enak2 belaka tu. Sy tertarik dengan anak murid Kak Amie yg berkebaya putih.
BalasPadamKita pun nak datanf beraya jugak lah...
BalasPadamTerliur semua menu tu
sibuk betul akak raya ketujuh tu ye dari pagi sampai ke malam melayan tetamu, penat tapi seronok bila anak murid dan anak buah datang berziarah dan mkn masakan kita.
BalasPadamSejuk rasa hati baca entri ni. Terasa begitu harmoninya bila tiba hari raya. :D
BalasPadamHebatnya Amie memasak, dibantu keluarga. Banyak betul lauk. Seronok tetamu dapat menjamu selera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
BalasPadam