Pages

Isnin, 8 Mei 2023

Meraikan Kunjungan Raya Geng Kaki Jalan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Di hari raya, memang tak akan lupa menjamu selera geng kaki jalan! Jadinya, sudah tentulah memerlukan waktu yang khusus untuk santai bersama mereka.

Sempena cuti Hari Wesak, hari Khamis minggu lepas kita pun masak-masak untuk makan-makan bersama mereka. Pada mulanya semua bersetuju untuk sarapan pagi tetapi ada di antara mereka terpaksa ke sekolah, menghadiri mesyuarat sehingga lewat tengah hari. Oh, cuti umum bah itu! Sabar sajalah kawan!

Jadi, agenda sarapan pagi pun bertukar ke makan tengah hari supaya dapat bersama-sama kawan kami yang malang itu.... ahaks!

Rakan-rakan di kala suka dan duka!

Kay datang awal dan meringankan tulang membantu di dapur.

Setelah selesai menyusun hidangan di meja, ambil gambar dahulu sementara menunggu yang lain sampai.

Tidak lama kemudian muncul Kavvy, si gadis Punjabi yang manis!

Mereka sepakat untuk tunggu yang lain sampai, barulah akan menjamah hidangan tengahari.

Geng Kaki Jalan ke Nepal : Sue, Nano, Kavvy & Kam


Gee dan Sinar belum sampai. Gee minta tunggu dulu. Katanya lewat sedikit sebab ada urusan hantar makanan ke hospital.
Sementara menunggu Gee, kawan-kawan melawat dulu tanaman anggur di belakang dapur. Teruja sungguh mereka melihat buah anggur di depan mata. Masing-masing mengatakan tidak percaya ada anggur berbuah di belakang rumah kami!
Jadi, bolehlah pegang dan rasa kalau ada yang sudah masak.









Setelah melawat pokok anggur, eloklah terus makan kerana nasi dan lauk-pauk akan menjadi sejuk. Tidak lama kemudian Gee, Misa dan Sinar datang ketika kami sedang bersantap.

Selamat menjamu selera.


Janji 10 tahun yang lalu tertunai pada hari ini!

Tidak lama kemudian Gee muncul di depan pintu dengan membawa sesuatu. Rupanya Gee singgah di Pizza Hut. Gee belikan dua kotak pizza untuk Abang Farid. Aduhai! Sebenarnya 10 tahun yang lalu, Gee berjanji kepada Abang Farid untuk belanja pizza kalau Abang Farid dapat gred A untuk subjek Sejarah yang Gee ajar. Tahun 2012 Abang Farid menduduki SPM, dan pada 22 Mac 2013 (hari kelahiran Firdaus) Abang Farid terima keputusan SPM. Abang Farid dapat A+ untuk subjek Sejarah.  Selepas itu Abang Farid sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Labuan. Tahun demi tahun, Gee mengulang cerita tentang pizza yang dijanjikan tetapi Abang Farid semakin menjauh! Sambung belajar ke UKM dan terus ke UTP.

Rezeki untuk Abang Farid dan rezeki untuk Gee akhirnya setelah 10 tahun berlalu, sampai juga pizza yang dijanjikan ke tangan Abang Farid!


Seronok sangat kita kerana kawan-kawan berselera menikmati hidangan tengah hari yang disediakan. Paling gembira tentulah sewaktu mereka menambah makanan di pinggan masing-masing. Rasa penat memasak pun hilang. Kita pun ikut  makan sama dan menambah-nambah lagi ke pinggan sendiri!


Sebenarnya kita masak nasi kukus dan lauk-pauk kampung sahaja, tetapi setelah diletak di atas meja jadi banyak pula jenisnya! Antara yang dihidangkan:
  • Nasi Kukus
  • Asam Pedas Ikan Jenahak
  • Ayam Goreng Mangga Sos Cili Thai Maepranom
  • Ikan Selayang Ekor Merah & Basong Goreng
  • Labu Siam Masak Lemak dengan Udang
  • Ulam-ulaman
  • Latok
  • Kerabu Mangga
  • Terung, Tempe dan Tauhu Goreng
  • Sambal Tomato
  • Sambal Belacan
  • Sambal Tempoyak
  • Buah-buahan
  • Agar-agar Kemenyan
Labu Siam Masak Lemak dengan Udang
Asam Pedas Ikan Jenahak
Ayam Goreng Mangga Sos Cili Thai Maepranom

Sambal Tomato
Sambal Belacan

Sambal Tempoyak

Ayam Goreng Mangga Sos Cili Thai Maepranom

Terung Goreng
Tempe dan tauhu  direbus dahulu dengan rempah dan air kelapa, dan kemudian digoreng.

Ulaman: Kobis Bunga, Kacang Bendi, Lobak Merah, Putik Jagung, Tomato & Timun

Latok & Kerabu Mangga

Pencuci Mulut : Agar-agar Kemenyan

Buah-buahan : Anggur, Mangga, Nanas & Tembikai

Selesai makan nasi, kami pindah duduk di tempat berhawa dingin. Ada di antara mereka meminta diri untuk pulang awal. Di situ kami berebut-rebut cerita sampai hendak koyak mulut...ahaks! Terlalu banyak kenangan yang diimbas kembali sampai terbahak-bahak ketawa! Kemudian merancang untuk jalan-jalan lagi. Entah jadi entah tidak! Yang pastinya, hari itu kami sangat gembira!
Sewaktu berpamitan pulang, Amie hulurkan sebuah buku terbitan terbaharu kepada setiap orang. Eh, sudah sampai ke pintu hendak keluar tiba-tiba patah balik ke dalam rumah untuk ambil gambar!
Kata mereka: Kami dapat ang pau besar!
Hasil karya Amie yang tersiar di dalam empat buah Antologi Anekdot Siri Warisan Budaya:
  • Lompat Tikam
  • Lompat Tikus
  • Periuk Belanga
  • Teluk Belanga

Tetamu akhir bersama angpau masing-masing!

17 ulasan:

  1. Mesti meriah bila geng datang beraya kat rumah hihi.

    BalasPadam
  2. Seronoknya dapat berkumpul dengan geng, bertukar-tukar cerita begini. Meriah betul juadah-juadah yang Kak Amie sediakan 😊

    BalasPadam
  3. Dapat rasa suasana gembira kunjungan geng kaki jalan. Banyak betul hidangan raya. Siap bawa balik buku sorang satu.

    BalasPadam
  4. Penuh meja lauknya kak.. mmg handallah akak masak... siap dpt angpau lg geng jalan ni... geram tgk anggur hijau akak yg fresh tu

    BalasPadam
  5. Beraneka menu yang kelihatan enak-enak belaka

    BalasPadam
  6. kalau la dekat2 mau juga beraya umah akak mana tau boleh juga dapat angpau besar

    BalasPadam
  7. meriahh
    seronok dpt jumpa
    menu pun meriahh sedap2 semua

    BalasPadam
  8. Wah meriahnya..
    Betul kan...raya tahun ni lebih meriah di a
    sana sini..hihihi.

    Cantiknya susuanan san warna Malay Salad tu🤭

    BalasPadam
  9. waduh meriahnya menu akak tu semua... lagi seronok geng kaki jalan yang dinanti semua ada ye, Bagus betul bekas cikgu abg Farid walaupun dah lepas 10 tahun tetap jugak janji ditunaikan. Bestnya kak anggur tu, lebat dan meriah nampaknya...

    BalasPadam
  10. Seronoknya tengok juadah yang dimasak, macam-macam ada.
    Pasti tetamu seronok.

    BalasPadam
  11. sonoknya beraya geng jalan2 pelbagai menu menyelerakan

    BalasPadam
  12. wah meriah nya hidangan. kita yang tngok pon terliur. selamat hari raya kak

    BalasPadam
  13. Seru ya kumpul bareng sahabat..sudah makan enak .dapat buku pula😀

    BalasPadam
  14. seronok kan bila makan ramai-ramai....sambil bersembang sambil menambah makan. ahaks... banyak sungguh lauk amie masak....sedap sungguh ni

    BalasPadam
  15. Seronoknya kawan- kawan ziarah...macam- macam juadah ada tu ha...teruja jugak SA tengok pokok dan buah anggur tu...

    BalasPadam
  16. Wahhh... seronok masing2 dapat buku. Syukur, janji nak belanja pizza akhirnya dapat ditunaikan, jika tidak pasti teringat2. Sebenarnya, boleh saja nak belanja online, tapi lebih bermakna jika ia diserahkan terus ke tangan tuannya sendiri, kan Kak Gee.

    BalasPadam
  17. mesti kecoh dan meriah kan kak? sekali sekala mcm ni baru terasa kemeriahan beraya... nk buat selalu mmg x laa kan.... jd bla ada peluang mcm ni... haaa... tapau semua. mkn best, borak borak, gelak ketawa etc😀

    BalasPadam