Pages

Sabtu, 29 April 2023

Pagi Lebaran Ketujuh Nan Indah & Cerita Pagi Lebaran Kelapan

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin hari lebaran ketujuh, Alhamdulillah sudah seminggu kita meninggalkan bulan Ramadan dan menikmati bulan Syawal yang mulia. Banyak undangan majlis rumah terbuka yang kami hadiri. In syaa Allah kami akan cuba penuhi setiap undangan tersebut. 

Pada hari raya ketujuh Amie sekali lagi mengadakan jamuan khas untuk anak-anak murid yang ingin berhari raya. Majlis bermula pada pukul 10 pagi. Sebelum itu Amie sempat sediakan sarapan pagi untuk kami sekeluarga dan juga Abang Aznan. Mereka akan bergerak pulang ke Kota Kinabalu sekitar pukul 10 pagi. Fairuz dan Haziq juga akan bertolak sama. Fuad tumpang kereta mereka dan akan terbang ke Kuala Lumpur pada 30 April 2023.

Sarapan pagi dengan hidangan nasi lemak kukus.

Sebelah nasi lemak itu terung taiwan goreng tepung BESTARI air tangan Fuad.

Antara lauk nasi lemak kukus termasuklah ayam goreng dan sambal sotong kembang.

Dilengkapi dengan sambal goreng, kacang tanah dan ikan bilis goreng, rendang daging, hirisan timun dan telur rebus. Sambal goreng jawa itu Amie sempat siapkan juga atas permintaan Fuad. Banyak juga hasilnya, penuh setalam besar. Fuad bawa ke Malaya sebalang, dan Fairuz isikan sebalang juga untuk Abang Aznan. Mereka kata rasanya sedap, tapi sebenarnya sehingga saat ini Amie belum sempat mencicipinya!



Abang Aznan nampak sangat teruja apabila sampai di dapur. Abang Aznan empat kali tambah nasi lemak! Jangan sampai tertidur sewaktu memandu ya. Encik Suami renihkan untuknya kopi Tenom. Fairuz ambil Haziq di kampung, dan dapatlah sama-sama bersarapan pagi.
Sementara itu Amie terus masak nasi minyak dan masak dalca tulang untuk menjamu anak-anak murid yang akan tiba pada pukul 10 pagi. Aseeyah membantu membuat acar mentah, dan panaskan rendang daging. Fuad sempat tolong goreng ayam.


Kakak ipar dan anak buah sempat datang ke rumah dan sarapan bersama sebelum anak-anak berangkat ke Kota Kinabalu

Lebih kurang pukul 10:30 mulalah Abang Aznan hidupkan enjin untuk bnergerak meninggalkan LD.


Hati-hati di jalan raya Fuad, Fairuz dan Haziq.

Selamat jalan anak-anak dan Abang Aznan. Hati-hati di jalan raya.

Kawan-kawan Fuad iaitu Azlan, Ahmad Farhan, Mohamad Riskiono, Akmal dan Ahmad tiba pada pukul dua petang setelah Fuad bergerak jauh melepasi Telupid. Mereka sekelas sewaktu sekolah menengah dan masing-masing sudah bekerja, dan ada yang masih sambung belajar. 
Kelmarin, seawal pukul 4 pagi sehingga ke pukul 5:15 petang memang tak berhenti bergerak di dapur kecuali mandi dan solat. Tetamu terakhir tiba selepas asar iaitu keluarga adik ipar. Waktu itu barulah kami sempat menjamah makanan. Maklumlah apabila sibuk, ditambah cuaca panas maka asyik minum air sajalah. Hendak makan tidak bersekera kerana kenyang cium aroma masakan di dapur!
Pada waktu tengahari, Cikgu Warite telefon tapi tak dengar sebab sibuk di dapur.
Selepas solat asar, buka HP nampak pula mesej jemputan rumah terbuka dari suami Cikgu Warite yang telefon tengahari tadi. Tak dapat datang siang, datanglah lepas maghrib, kata suaminya pula.
Sempat luruskan pinggang 45 minit dan lelapkan mata sebelum bangun mandi dan bersiap-siap untuk ke rumah Cikgu Warite.
Dari rumah Cikgu Warite, kami penuhi undangan majlis ulang tahun anak buah, Huda di kampung pula.
Alhamdulillah.
Biarpun agak letih, tetapi dapatkan tunaikan semua jemputan dan urusan di rumah dengan sempurna. Alhamdulillah.

Balang-balang kuih yang sudah berkurangan.

Hari ini cuaca mendung dari pagi tetapi tidak hujan.
Hati rasa tenang dan senang sebab anak-anak sudah selamat sampai ke Kota Kinabalu. Apabila Amie telefon Fuad malam tadi, katanya Fairuz sedang ambil ikan. Lebih seminggu bercuti, pasar raya sudah menunggu kedatangan ikan-ikan!
Pagi tadi, sambung tidur. Maklumlah, sepanjang minggu ini kalau tidak menyiapkan kerja-kerja di dapur dan menyambut kedatangan tetamu, kami pula yang akan keluar beraya. Sedikit-sebanyak rasa penat itu mesti ada.
Pagi tadi apabila masuk ke dapur, nampak balang-balang kerepek, keropok dan kuih raya sudah berkurangan. Alhamdulillah. Terima kasih para tetamu yang sudi menjamah kuih-muih kami yang seadanya itu.
Cuma....
Pagi ini rasa sedikit kekurangan, ketiadaan Fuad dan Fairuz di rumah.

Rasanya petang ini hendak berehat-rehat sahaja di ruamg tamu, bersejuk-sejuk sambil menulis entri. Amie beritahu hari ini tidak akan masak. Jadi Encik Suami dan Abang Farid keluar beli makanan untuk hidangan tengahari.

Balang kuih yang kosong di ruang tamu belum sempat diisi.

Kita duduk di sini, menulis entri di sudut sanun.

Jom kunjung ziarah beramai-ramai ke rumah rakan-rakan blogger!

Kalau mengantuk boleh baring tidur di sini. Sekiranya ada orang beri salam atau tetamu datang boleh kedengaran juga dari sini. Senanglah bingkas bangun buka pintu. Rasanya hendak sambung tidur puas-puas dulu untuk hilangkan penat. Lepas asar dan lepas maghrib nanti ada jemputan ke rumah terbuka lagi.


3 ulasan:

  1. Selamat berehat dan memenuhi jemputan rumah terbuka pula ye. :)

    BalasPadam
  2. selamat hari raya kak Amie... Maaf zahir & batin.. lama tak berkunjung kerana kesibukan menguruskan anak anak .

    BalasPadam
  3. Masyaa Allah...sedapnya nasi lemak kopi Tenom..
    Masih riuh rendah meriah raya ye cikgu...Lepas ni sorang demi sorang la terbang pulang..Nasib baik ada Daus peneman berbual..Selamat Hari Raya

    BalasPadam