Pages

Selasa, 28 Mac 2023

Buka Puasa dengan Lempeng Daun Bawang Cicah Kuah Asam Pedas Daging Tetel

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di malam Ramadan yang dingin dan syahdu, sunyi dan sepi.
Hari ini rasa kurang sihat. Hendak ke dapur pun hampir lewat petang. Itu pun disebabkan keinginan untuk makan lempeng daun bawang cicah kuas asam pedas daging tetel yang kita simpan baki berbuka puasa dua hari lepas. Beberapa kali Amie pesan dengan Encik Suami, jangan buang baki asam pedas daging tetel. Kita hendak makan dengan lempeng. Sebenarnya dari kelmarin lagi hendak makan lempeng, tetapi tepung pula habis. Jadi, setelah Encik Suami beli tepung, gagahkan jugalah ke dapur untuk melempeng. 

Bab melempeng ini sudah tentulah teringat Mama Cella dengan SK Tanah Jauhar. Kedua-dua adinda ini memang pakar melempeng!

Seperti biasa, adunan lempeng ini Amie gunakan sukatan orang kampung saja. Amie gunakan sukatan cawan. Tak ingat apa jenama tepung yang Encik Suami beli. Agaknya Cap Rama-Rama. Amie tambahkan susu segar. Copet susu segar Firdaus dalam peti sejuk. Budak ini kuat minum susu pula di bulan puasa. Berbuka puasa dengan susu, sahur pun minum susu juga. Selain tambahkan garam untuk rasa masin, Amie masukkan satu sudu kecil gula ke dalam adunan. Kemudian biarkan adunan selama 30 minit, ikut petua Mama Cella yang selalu aplikasikan ilmu pengetahuan mata pelajaran sains rumah tangga.

10 minit sebelum berbuka puasa, siapkan lempeng daun bawang di meja makan. Oh, hari ini hujan dari tengahari. Cuaca sejuk, dan suasana suram dan muram. Dapur pun gelap. Gambar pun berbayang-bayang. Tak apalah. Ada kenangan sebab ambil gambar ketika senja sudah berlabuh.

Lempeng Daun Bawang dengan Kuah Asam Pedas Daging Tetel.



Amie sangka, Amie seorang sahaja yang akan makan lempeng daun bawang dengan kuah asam pedas daging tetel, tapi Firdaus dengan Encik Suami pun ikut sama! Nampak berselera sungguh Firdaus makan lempeng!

Asam Pedas Daging Tetel dengan Lempeng Daun Bawang.

Resipi Lempeng Daun Bawang
Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (Amie gunakan tepung gandum cap rama-rama)
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 pokok daun bawang - hiris
  • 1 biji telur gred A
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali daun bawang. Kacau sebati menggunakan handwhisk. Kalau ada tepung masih berketul, eloklah tapiskan adunan.
  2. Biarkan selama 30 minit supaya adunan mengembang dan menjadi lembut serta kenyal. 
  3. Kemudian masukkan hirisan daun bawang dan gaul.
  4. Panaskan kuali dan tuangkan satu senduk adunan. Angkat kuali dan layang-layangkan adunan menjadi bulatan.
  5. Apabila bahagian tepi lempeng nampak lekang dari kuali, angkat dan terbalikkan.
  6. Biarkan seketika dan kemudian angkat.

Selain melempeng, Amie renih kiub lo han kuo dan masak barobbo' atau bubur jagung. Suka sangatlah Firdaus makan barobbo' dan pegedil jagungnya pula, kalau boleh dia hendak makan sepinggan seorang! Amie pula setelah hirup lo han kuo panas dua cawan, makan lempeng daun bawang cicah kuah asam pedas daging tetel serta semangkuk barobbo', terus berpeluh-peluh! Alhamdulillah. Rasa ringan pula kepala setelah berbuka.

Barobbo' @ Bubur Jagung

Semangkuk barobbo' bersama pegedil jagung.

Barobbo' @ Bubur Jagung

Resipi Barobbo' @ Bubur Jagung ada di sini: BAROBBO' @ BUBUR JAGUNG MASAKAN TRADISI MASYARAKAT BUGIS.

19 ulasan:

  1. First time tengok lempeng daun bawang. Terima kasih share resipi. Boleh try nanti

    BalasPadam
  2. nampak mengiurkan dan helok betul rupanya bila dibulat-bulatkan gitu kak. Bubur jagung tu sedapnya, sebab biasa jumpa bubur jagung yang manis je

    BalasPadam
  3. lempeng tu menarik sbb bkn yg biasa tgk..nk plak cicah ngan asm pedas tetel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambahkan hirisan daun bawang saja Mama Tisya.

      Padam
  4. Saya pun ada lebih asam pedas ikan merah buat hari kedua berpuasa. Nanti nak try buat lempeng makan dgn kuah asam pedas lebih ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Carneyz. Lempeng tiga penjuru ni... SK Tanah Jauhar & Mama Cella.

      Padam
  5. Tengok pada sukatan tepung dan cawan serta gulungan lempeng tu, kita agak, mesti sangat syahdu teksturnya dan tambah padu bila dinikmati bersama Asam Pedas Tetel. Kita baca tajuk aje terus rasa teringin nak melempeng petang ni, Kak Amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.... moga datang mambang jangkitkan kerja melempeng petang ni ke Tanah Jauhar.

      Padam
  6. cantik lempeng digulong dgn daun bawang
    tambah sedap cicah daging tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Cik Nur.
      Menambat mata memandang. Firdaus pun terpikat.

      Padam
  7. Sedapnya semua tu...
    Baguslah Firdaus, tak memilih makan 👍

    BalasPadam
  8. Aduh...gandingan mantap tu ..
    lempeng cicah asam pedas tetel..
    Cantik dan kemasnya lempeng cikgu..
    Borobbo tu terliurnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... terima kasih Mama Cella kongsi resipi lempeng cair.

      Padam
  9. atuk saya orang bugis kak tapi tak sempat belajar masakan bugis.. arwah ninggal masa mak anak dara lagi..

    BalasPadam