Pages

Khamis, 16 Mac 2023

Minum Susu Kacang Soya Panas Sebelum Pergi Menoreh

Bismillahirrahmanirrahim.
Setahun datang, setahun pergi. Hari ini Amie dan Nora sarapan pagi bersama. Tidak lama kemudian muncul Suan dan Mewah. Kemudian kami menuju ke tempat mesyuarat di sanun. Kota Kinabalu tenang-tenang saja sepanjang hari. Tiada hujan dan tiada ribut melanda.

Sewaktu meninjau-ninjau bahagian minuman panas, terpandang susu kacang soya panas! Waduh, enak banget ini kalau dihirup pagi-pagi! Jom sarapan sama.

Secawan susu kacang soya panas.

Sehelai daun salad dan kepingan kecil buah-buahan.

Sebiji telur mata, sayur campur, sosej ayam, tauhu telur dan sesudu besar kuetiaw goreng.

Satu senduk bubur nasi & the gang.

Segelas jus nanas segar.

Melihat pelbagai jenis pastri, seolah-olah tiada hari esok untukmu! Padahal lima malam menjadi penghuni di sini.



Seawal pukul 0800 pagi kami menoreh getah di hutan batu. Pukul 1630 baru selesai. Terima kasih Izan tumpangkan kami naik kereta balik ke sarang. Jumpa lagi.

15 ulasan:

  1. akk sebut soya panas trs tingat bazar ramadan nnt😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cari susu soya kalau bulan puasa. Lagilah susu soya yang ditambah daun pandan...harumnya!

      Padam
  2. ambil serba sedikit agar boleh dicuba semuanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tidak membazir. Kalau sedap, boleh tambah.

      Padam
  3. susu kacang soya sinonim dengan ramadhan rindunya suasana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, minggu hadapan Ramadan al-Kareem akan menjelma. Terubat rindu!

      Padam
  4. Saya sering beli susu soya..tapi yg dingin lebih segar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul itu.
      Yang dingin memang rasa lebih segar.

      Padam
  5. sedap-sedap semua kak, susu soya tu minum panas sedap nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak minum susu soya panas.
      Sekali minum terasalah sedapnya Dana.

      Padam
  6. Sedapnya air soya panas...kena beli la nanti kalau ada orang jual kat tepi jalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap kali sarapan, Kak Amie minum secawan susu soya panas. Memang sedap SA!

      Padam
  7. dah lama tak minum air soya panas, mmg best.

    tu la kak amie, cuaca dkt KK bagus sekarang. lama juga tak hujan..

    BalasPadam
  8. Sedapnya soya...
    Sinonim dengan bulan puasa... tunggu sikit hari lagi.

    BalasPadam
  9. Lama sy tak minum susu soya panas2, dulu selalu beli di pasar malam. Sy mula berhenti minum soya lepas mengandungkan Iman, sebab selalu muntah lepas minum, padahal seblumnya, itulah minuman kegemaran sy.

    BalasPadam