Pages

Sabtu, 11 Mac 2023

Firdaus Naik Kuda di Sabandar Cowboy Town Tuaran

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas mengalas perut di Hotel N5, kami bergerak menuju ke Tuaran. Kali ini bawa Firdaus naik kuda. Tiket masuk untuk dewasa berharga RM45.00. Kami pernah datang ke sini pada tahun 2021 di sini : FIRDAUS NAIK KUDA DI SABANDAR COWBOY TOWN. Sempatlah meronda kawasan hutan paya bakau yang cantik dan unik!

Kami tidak beli tiket masuk ke kawasan Sabandar Cowboy Town, tetapi hanya beli tiket untuk naik kuda berharga RM20.00 satu pusingan. Cuaca sungguh terik! Hampir 40 minit Firdaus menunggu giliran, kerana ramai sungguh pelanggan pada hari tersebut. Amie tak sanggup berpanas, terus masuk kereta! 

Nampak ceria sungguh Firdaus walaupun berada di tengah panas!



Peta Sabandar Cowboy Town

Hi Daus!

Sebelum naik kuda, sempat bergambar di restoran.


Wah, barangkali beginilah kereta kuda Cinderella!

Koleksi kereta lama.


Sabandar Cowboy Town.


Firdaus sudah bersedia untuk menunggang kuda.





Firdaus tersenyum puas dapat naik kuda!

1 ulasan: