Pages

Sabtu, 11 Mac 2023

Sarapan Mi Tarik Oat Goreng & Kicap Lada Daun Ketumbar Jawa

Bismillahirrahmanirrahim.
Rakan-rakan blogger sarapan apa pagi ini?
Amie goreng mi tarik oat dengan udang, makan dengan kicap lada daun ketumbar jawa. Teringat Mama Cella yang suka masak mi tarik oat. Dari Mama Cella itulah Amie belajar makan mi tarik pelbagai jenis!
Kali ini Amie goreng mi tarik oat basah-basah sikit. Amie sediakan kicap lada tambah hirisan daun ketumbar jawa. Sewaktu di Penampang, Amie buat kicap lada begini, dan Encik Suami sukakan aromanya!

Mi Tarik Oat Goreng & Kicap Lada Daun Ketumbar Jawa.
Mi Tarik Oat Goreng


Resipi Mi Tarik Oat Goreng
Bahan-bahan:

  • /2 bungkus Mi Tarik Oat
  • 1 cawan isi udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 tangkai cili kering
Cara memasak:

  1. Didihkan air secukupnya. Masukkan Mi Tarik Oat dan rebus sehingga lembut - anggaran 8-10 minit. Angkat da toskan. Bilas di bawah air paip yang mengalir.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan udang.
  4. Setelah udang  berubah warna, masukkan Mi Tarik Oat.
  5. Tuangkan sos tiram, sos cili, Kicap Manis Pedas Mahsuri.
  6. Gaul rata. Tuangkan air. Biarkan mendidih seketika.
  7. Jika kurang rasa, boleh tambahkan garam / perasa pilihan.
  8. Gaul beberapa kali dan biarkan mi dalam keadaan basah sebelm padamkan api dapur.
Bahan-bahan untuk membuat Kicap Lada Daun Ketumbar Jawa.

Pokok Ketumbar Jawa

Hiris atau cincang kesemua bahan : cili padi, daun ketumba jawa dan bawang putih.
Campur semua bahan dan tuangkan kicap. Amie gunakan Kicap Cap Kipas Udang @ Habhals atau Kicap Manis Pedas Mahsuri, tak perlulah tambah bahan perasa lain. Kicap lada ini sedap dicecah dengan ikan bakar, kan goreng, ayam goreng dan sebagainya.

Jangan lupa perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.




3 ulasan:

  1. Salam kenal..😊.sedap sangat...pas banget nii buat sarapan

    BalasPadam
  2. Boleh save utk menu sahur ni. Terima kasih share Kak Amie 😊

    BalasPadam
  3. Wah..mee tarik cikgu lagi menarik dan penuh rencah.kalau mee masakan saya bahan rencahnya bajet2 saja🤭

    BalasPadam