Pages

Ahad, 12 Mac 2023

Cerita Dari Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kami ke kampung, ke rumah adik ipar kerana keluarga sebelah Encik Suami mengadakan majlis tahlil selepas asar. Kami sempat singgah di sebuah gerai jualan penjaram, hasil air tangan rakan sekerja sewaktu bertugas di SMKS. Dengar ceritanya penjaram yang dihasilkan sangat sedap. Rakan Amie ini berasal dari Kota Belud. Dengar ceritanya penjaram Kota Belud memang sangat sedap!
Sewaktu kami tiba, rakan Amie sedang goreng penjaram. Harganya RM2.00 tiga keping. Setelah menempah penjaram, kami mencari kuih lagi di tempat lain. Katanya, lebih kurang pukul 0800 pagi, siaplah penjaram tersebut. 

Kuih penjaram pandan dan gula merah.



Kuih Penjaram.

Karipap.

Beli buras & ayam palekko.

Ayam Palekko.

Serondeng kelapa dan sambal ikan bilis untuk dimakan bersama buras.

Azwa, anak buah kami sediakan mi goreng.

Ada kuih talam untuk sarapan .

Bawang putih dan bawang merah, antara bahan untuk Belacan Cocos.

Untuk lauk makan tengahari, Amie dan Acik (anak buah) buat Belacan Cocos. Untuk resipinya bolehlah klik di sini: BELACAN COCOS. Azwa tidak berani buat Belacan Cocos sebab katanya, apabila digoreng bentuknya jadi leper. Amie beritahu, arwah MIL hanya ambil isi sardin dalam tin, dan tinggalkan sosnya. In syaa Allah, hasilnya nanti tidaklah leper apabila digoreng.
Masakan lain disediakan oleh anak-anak buah dan biras.

Bahan lain yang wajib ada sudah tentulah cili padi.

Dua tin besar sardin digunakan.

Tiga biji telur.

Belacan secukupnya.

Bahan yang sudah ditumbuk dan ditambah garam serta bahan perasa secukupnya.

Inilah hasil Belacan Cocos yang Acik goreng.

Lina  sediakan kerabu mangga. Aduhai sedapnya! Mangga dibawa dari rumah kami, mangga udang.

Biras kita, masak ikan masin dan buat acar peria. Ini pun sedap sangat!

Acar Peria.


Azwa, masak lodeh pucuk ubi.

Umi perap ayam, Huda tukang goreng.


Rini buat soto untuk hidangan tetamu yang hadir.

Nasi berkat ini dibawa pulang oleh para tetamu. Kalau dahulu, akan ada rewang atau gotong-rotong menyediakan nasi berkat. Sekarang, hanya tempah sahaja.

Antara lauk-pauk dalam nasi berkat termasuklah ayam goreng, telur masin, telur dadar, cempedel, sambal kates, udang dan ikan.

Sekian.
Terima kasih sudi baca coretan tentang kuih penjaram tetapi melalut hingga ke nasi berkat!


7 ulasan:

  1. ilustrasinya begitu baik sekali buk amie., hehe
    kuih penjaram ni mcm familiar kat jakarta, tp x fofuler di semenanjung., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat Kedah popular Wak..tapi kami panggil Cucur Jawa..🤭
      Taktau pasai pa namanya macam tu

      Padam
  2. Subhanallah...lama x singgah rumah Kak Amie,sekali dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup membuat perut SA lapar pagi ni...nampak sedap semua hidangan...

    BalasPadam
  3. wow sedap semuanya penjaram tu orang kedah sebut cucoq jawa

    BalasPadam
  4. penjaram @tmpt sy cucur jawa memangg feberet ni
    blk.kg baru jumpa.yg sedapp

    BalasPadam
  5. enaknya semua masakan. Cempedel tu apa

    BalasPadam