Pages

Isnin, 13 Mac 2023

Makan Nasi Goreng Berkat Pagi dan Petang

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin letih seharian rewang di kampung, jadi pagi ini sambung tidur sekejap sebelum masuk dapur. Selepas sarapan terus bergegas ke sekolah menyiapkan tugasan (modul latihan) untuk murid-murid yang akan ditinggalkan atas urusan Paduka Seri Baginda sehingga bulan April. Menjelang tengah hari, MAS sudah mnghantar pesanan untuk check in online penerbangan pada hari Rabu, 15 Mac 2023.

Nasi Goreng Berkat

Nasi Berkat Cocos

Encik Suami dapat tiga bungkus nasi berkat. Kesemuanya dimasukkan dalam peti sejuk, sebab kami sudah isi perut di kampung sebelum pulang ke rumah. Jadi, pagi ini Amie masak nasi berkat dijadikan nasi goreng.


Banyak jugalah lauk-pauk di dalam sebungkus nasi berkat. Amie keluarkan ikan goreng, serondeng ikan dan cempedel. Cerita tentang cempedel @ kepedel, resipinya ada di sini: RESEPI TRADISI YANG SEDAP : KEPEDEL @ CEMPEDEL. Ikan goreng pula ada dua jenis iaitu ikan tenggiri dan ikan tuna. Kedua-duanya Amie tumbuk. Cempedelnya pula Amie hancurkan. Kesemua ikan tumbuk, cempedel dan serondeng ikan ini Amie gaul bersama nasi berkat.

Amie tambahkan cili kering tumbuk, bawang putih dan bawang merah, hirisan cili hijau dan kacang panjang sebagai perencah. Encik Suami sediakan kopi panas. Bersarapanlah kamai tiga beranak dengan Nasi Goreng Berkat.

Pukul 12:30 tengah hari, Encik Suami dan Firdaus ambil Amie di sekolah. Kami singgah di gerai buah-buahan untuk beli tembikai. Sudah terbayang-bayang, ketika cuaca panas begini, sudah tentu nyaman sungguh dapat teguk jus tembikai! Kalau buat sendiri memang puaslah boleh teguk bergelas-gelas.

Terkejut jugalah kami apabila, buah tembikai merah tanpa biji sudah naik harga. RM6.00 sekilogram! Biasanya kami beli dengan harga RM4.00 sen dan paling mahal pun RM4.50 sen. Kami sudah bercadang untuk menjadikan jus tembikai sebagai minuman berbuka puasa setiap hari seperti bulan-bulan puasa sebelum ini. Kalau harganya sudah begini, berkira-kira jugalah hendak membelinya nanti sebab kami memang hantu jus tembikai. mana cukup dua gelas seorang! 

Singgah di gerai lain, harganya tetap sama. Aduhai.... bukan tidak mampu beli, tapi tak sampai hati hendak beli dengar harga yang memang sudah taraf kayangan! Apa pun, akhirnya beli jugalah sebab memang teringin hendak minum jus tembikai.

Sampai rumah, Amie panaskan semula baki Nasi Goreng Berkat yang masih banyak dan goreng Nugget Ayam Tempura Cheese. Encik Suami pula bantu sediakan jus buah tembikai. Hampir pukul tiga petang, kami makan tengah hari dengan Nasi Goreng Berkat.

Nugget Ayam Tempura Cheese.

Jus tembikai yang belum ditambah ketulan ais!
Akhirnya dapat juga teguk dua tiga gelas jus tembikai!

4 ulasan:

  1. hausnya tgk jus tembikai tu....nasi goreng berkat...yummy

    BalasPadam
  2. Sekarang ni bulan ruwahan
    Wak pun selalu dapat bontrot nasi berkat(ambeng) kenduri tahlilan

    BalasPadam
  3. Betul betul berkat tu ...sampai boleh makan siang malam🤭
    Tembikai memang mahal lain macam sekarang.Balik Kedah hari tu pun sekilo rm6..dahlah dekat nak posa...hihihi

    BalasPadam
  4. Mewahnya nasi berkat tu. Lauk macam2.

    BalasPadam