Pages

Ahad, 12 Mac 2023

Sate Sipitang, Boleh Makan dari Pagi Hingga ke Malam!

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah meronda dan berpanas di Tamu Sipitang, kami beralih arah ke Medan Selera, di deretan gerai sate yang terletak di tepi pantai. Semua gerai di sini menyediakan pelbagai jenis sate untuk dinikmati pelanggan. Tidak perlu memilih masa untuk datang menjamu selera di sini kerana semua gerai memang menjual sate selain makanan lain seperti nasi ayam, pelbagai jenis makanan bersup dan makanan bergoreng. Satenya pula boleh dinikmati bersama kelupis, ketupat dan juga nasi himpit.

Sate Berubut
Sate Kambing
Sate Ayam
Sate Kerbau

Encik Suami mencari sate kerbau.
Amie mencari sate berubut dan sate kambing.
Firdaus mencari sate ayam!


Sayap ayam pun ada.


Sate Berubut.

Sate Ayam


Encik Suami : Kuetiaw Basah

Firdaus : Sirap Laici


Firdaus makan sepinggan dengan Encik Suami.
Amie : Rojak Mi Ayam.

Alhamdulillah. 
Tertunai hasrat di hati nak makan sate berubut.

Warna kuahnya agak kekuningan, tapi sedap dan cukup rasa.

Para pelanggan terutamanya dari luar daerah Sipitang sedang menikmati makan di Medan Selera.

Pada waktu-waktu tertentu seperti tengah hari,  memang ruangan makan dipenuhi para pelanggan!

Jumpa lagi Sipitang!

Dalam perjalanan pulang ke Penampang, kami singgah di Papar mencari minuman.

Encik Suami : Cendol
Amie : Mangga Susu
Firdaus : Tidur!



7 ulasan:

  1. sate kegemaran saya, tak kira apa jenis sate, semua saya suka. tak pernah puas. insyaallah thn ni saya nak jalan2 sabah, sambil cari makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan saya. Suka makan apa saja jenis sate. Mari datang jalan-jalan Sabah. Paling sedap makan sate di Beaufort, di Sate Lembah Brunei.

      Padam
  2. teringatkan pekan Papar yg sy tinggalkan pd 2001 yg lampau. Khabarnya dah menjadi bandar skrg..siap ada mall lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, lebih 20 tahun berlalu!
      Marilah datang ke Sabah. Memang jauh beza Papar yang dulu dengan Papar yang sekarang.

      Padam
  3. Sedapnya satay Sipitang..bila la SA dapat merasa ni...kena honeymoon ke Sabah nampaknya ni

    BalasPadam
  4. Mata salfok pada sirap laici Daus...kalau bulan posa tengok waktu tengahari...meleleh ni

    BalasPadam