Pages

Khamis, 9 Februari 2023

Mencari Kudapan & Sarapan di Kala Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.
Seingat Amie, tidak ada hari yang dilalui tanpa hujan sewaktu balik kampung menziarahi arwah Kak Ros di hospital. Apabila hujan tentulah perut cepat rasa lapar. Jadi, apabila ada waktu terluang, sama ada sampai ke hospital lebih awal dari waktu lawatan, atau sementara menunggu waktu di antara waktu lawatan tengah hari dan petang, kami pusing-pusing di sekitar Hospital Sungai Buluh untuk isi perut.


Kenalah sediakan payung untuk bergerak dari tempat letak kereta ke perkarangan hospital. Hujannya pun bukan hujan renyai, tapi hujan lebat!

Begedil Kentang RM1.00 sebiji.

Kadang-kadang kami ajak Kak Ju jalan-jalan cari makan di sekitar hospital. Kak Ju sentiasa berada di hospital (bilik menunggu) siang dan malam sebagai waris terdekat pesakit. Sabar sungguh Kak Ju menjaga arwah hampir sebulan lamanya sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir. Hanya dua orang pelawat dibenarkan masuk pada satu-satu masa. Jadi, kami bergilir-gilir dengan adik-beradik, anak-anak buah dan kawan-kawan arwah yang datang melawat.

Soto & Begedil

Murtabak Cheese RM8.00 sekeping.

Dalam hujan-hujan, Kak Aton bawa kami ronda sampai di hujung jalan (jalan mati) berhampiran masjid. Di situ ada beberapa buah gerai dan kami singgah makan murtabak cheese. Panjang pula muratabaknya. Sedap dan garing. Kecil saja saiznya. Patutlah pelanggan di depan kami memesan dua kali. Mungkin tak puas makan sekeping. Dan mungkin juga rasanya sangat sedap!


Yang ini murtabak biasa, dan ada pilihan inti ayam dan juga daging. Kami pesan empat keping. Memang sedap sungguhlah makan murtabak panas, dalam keadaan sejuk disebabkan hujan lebat!


Kadang-kadang kami masuk ke kafe di hospital. Minum teh panas, dan makan garlic butter celup sup cendawan. Di tingkat atas kafe, ada surau dan tandas, dan juga bilik khas untuk waris yang menunggu  / menjaga pesakit. Ada tempat mandi juga.

Nasi Lemak

Abang Farid dan Aseeyah pula biasanya mengambil makanan berat di waktu pagi / sarapan seperti nasi ayam dan nasi lemak.

Nasi Ayam



Kak Aton ajak cari musang. Ingatkan musang apa. Rupanya durian Musang King. Jumpalah durian ini pada hari kedua pencariannya di tepi jalan hala ke Puncak Alam. Harganya RM40.00 sekilogram. Kami pilih saiz kecil, berat satu kilogram lebih sedikit.


Makan durian pun boleh panaskan badan, terutama di musim hujan ketika ini.

Kini semuanya tinggal kenangan. Semoga arwah Kak Ros tenang di sana.

16 ulasan:

  1. Tak pernah jumpa murtabak bentuk panjang gitu. Unik..hehe

    BalasPadam
  2. wah sedapnya bergedil tu...Cuya memg suka bergedil..hehe

    BalasPadam
  3. Suka makan bergedil. Memang kena sangat kalau dimakan dengan soto.

    BalasPadam
  4. Musang bukan sebarang musang 😁
    Kalau musang tu memang pojaan hati!

    BalasPadam
  5. begendil itu bergedel atau perkedel ya kak...mbul suka bangat durian...warnanya mencerminkan rasa yang sweet dengan daging tebal..murtabaknya panjang hihi

    BalasPadam
  6. Kasih sayang adik beradik kan kak, sanggup tunggu meneman setiap hari. Yelah sekarang johor kan musim hujan. Nampak sedap semua menu akak tu

    BalasPadam
  7. istimewa murtabak panjang tu..jarang nampak kt jb ni kak.

    BalasPadam
  8. First time nampak murtabak panjang macam tu...

    BalasPadam
  9. Nampak sedap murtabak tu...
    Musang lagi la sedap...hihihi

    BalasPadam
  10. Menarik murtabak cheese tu, Kak Amie. Raja Musang tu pun menarik juga, hihi.

    Kenangan takkan pernah pudar selagi ada rindu.

    BalasPadam
  11. Menarik murtabak cheese tu, Kak Amie. Raja Musang tu pun menarik juga, hihi.

    Kenangan takkan pernah pudar selagi ada rindu.

    BalasPadam
  12. Jauh merantau makan nasik arab... akhirnya cari begedil jua.... (peribahasa moden) hehehehe

    BalasPadam
  13. tak susah cari makanan sedap2 di sekitar hospital ye kak amie.

    BalasPadam
  14. soto & pegedil gandingan yg mantap...sedap2 semuanya...

    BalasPadam
  15. Banyak beli bergedil dengan soto.
    Lain bentuk murtabak keju.

    BalasPadam