Pages

Selasa, 1 November 2022

Sambutan Ulang Tahun Kakak Ipar

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam terakhir di Penampang bersamaan pada tarikh 25 Oktober 2022, kami sempat hadir ke majlis sambutan ulang tahun kakak ipar yang diadakan di rumah Abang Aznan. Sehingga entri ini ditulis, kakak ipar masih lagi berada di Penampang, dan belum pulang ke LD. 
Mama Cella tanya, berapa umur kakak ipar kita apabila melihat gambarnya dalam entri: SINGGAH MAKAN SELERA KOREA DI DUBUYO. Kata Mama Cella, kakak ipar kita nampak muda dan cantik. Kakak ipar kita sudah dua tahun bersara wajib. Usianya 62 tahun. Nampak awet muda ye Mama Cella? Agaknya khasiat selalu amalkan hirup sup ayam dengan kurma merah, tambah cendawan shiitake dan pelbagai herba Cina. Arwah suaminya (ayah Abang Aznan) keturunan Cina. Agaknya sebab itulah kakak ipar pandai masak masakan Cina.

Persiapan ulang tahun untuk kakak ipar yang disediakan oleh Abang Aznan bersama adik-adiknya, Aman, Lina dan Rini.

Kakak ipar bersama anak cucu dan menantu. Seorang lagi menantu bersama tiga orang cucunya tidak dapat bersama kerana berada di LD.


Cucu-cucu (tidak termasuk Firdaus) yang memeriahkan majlis.


Belanja video sambutan ulang tahun.

Bersama Encik Suami dan abang ipar.


Malam itu kita bawa hirisan buah-buahan dan makan bersama kuah rojak.



Sedap!


Abang Aznan tempah makanan untuk majlis jamuan pada malam itu. Ada tongkeng ayam panggang dan lain-lain.

Ada mi goreng dan sayap ayam panggang.

Fillet Ikan Sweet & Sour.

Brokoli & Cendawan Shiitake Masak Sos Tiram.

Sotong Goreng Salut Tepung.

Udang Goreng Salut Tepung.


Kambing Panggang.

Sayap Ayam Panggang.


Selamat ulang tahun buat kakak ipar. Semoga sentiasa sihat dan bertenaga. Harap selalu ceria dan gembira bersama anak cucu dan menantu tersayang. Terima kasih jamu kami dengan hidangan yang enak-enak!

Nampaknya keesokan paginya, seawal pukul tujuh kami terpaksa berangkat pulang menempuh perjalanan jauh ke Lahad Datu.


13 ulasan:

  1. Selamat ulang tahun untuk kakak ipar Kak Amie. Patutlah Abg Aznan nampak macam Chinese/Korea/Jepun rupanya arwah ayah keturunan Cina dan kakak ipar kak Amie pun bermata sepet. Meriah sambutannya bertemakan pink. Makanan sedap sedap tu.

    BalasPadam
  2. owhh.. no wonderlah anak2 Abang Aznan tu Chinese look.. atuk dia Chinese.

    BalasPadam
  3. happy birthday to kakak ipar..moga sentiasa dirahmati Allah..
    meriah sambutan nya, makanan pun dap dap semuanya..alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir buat kakak ipar Kak Amie. Semoga diberi keafiaatan dan kesejahteraan oleh Allah swt, Amiiinnn YRA.

    BalasPadam
  5. mulai hari ni kita pun nak masak sup aje lah hihi

    BalasPadam
  6. wahhhh meriah semuanya kak.... i like

    BalasPadam
  7. akak, komen dana hilang lagi huhuhu... sampai ati blog akak tak geng komen dana hehehe

    BalasPadam
  8. eh muncul pulak dah heehhh... ke akak dh kuarkan dr spam heheheh

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah . Rezeki . Dapat berkumpul dan meraikan bersama2 keluarga

    BalasPadam
  10. Masyaa Allah....
    dah 62 tahun ..nampak sungguh awet...
    terkesima saya bila tahu beza umurnya dengan saya kira belasan tahun tapi kalau banding awet wajahnya dengan saya jauh ke belakangšŸ¤­

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya berazam nak amalkan sup kurma merah juga lah lepas nišŸ„°

      Padam
  11. meriahnyaa. memang nampak muda la kakak ipar kak amie..

    BalasPadam
  12. Meriah betul sambutan ulangtahun ni...seronok betul...

    BalasPadam