Bismillahirrahmanirrahim.
Jom kita cerita tentang tepung.
Kalau kita ada tepung, paling mudah kita buat lempeng. Kalau rajin buat lempeng kelapa, lempeng pisang atau lempeng daun bawang. Lempeng yang sangat sedap sudah tentulah lempeng cari yang selalu Mama Cella dan SK Tanah Jauhar buat! Itulah hidangan lazat kita, sama ada untuk sarapan atau minum petang.
Beza pula dengan kaum lain, yang makanan rujinya berasaskan gandum untuk menghasilkan pelbagai jenis roti yang mengenyangkan. Barangkali, mereka gunakan tepung atta yang dikatakan berasal dari benua India. Tepung jenis ini biasanya digunakan untuk membuat roto paratha, roti naan, roti puri dan sebagainya. Itu sebabnya, makan sekeping pun rasa kenyang. Kadang-kadang tak habis sekeping, perut sudah penuh!
Roti Paratha ini nampak macam terletak di atas meja saja. Oleh sebab saiznya yang besar, tertutuplah permukaan piring alas di bawahnya.
Naan Cheese. |
Encik Suami pun suka makan roti naan berkeju. Kita lebih suka roti naan kosong dan cecah dengan pelbagai lauk seperti kheema atau daging cincang, kacang kuda atau kacang merah dan daging rusht.
Roti Naan. |
Roti Paratha dengan Daging Cincang dan Kacang Merah serta minuman panas, Teh Pakistan. |
Sesekali bawa Firdaus makan di sini, tetapi dia mencari kentang goreng pula!
Dia lebih suka minum air kosong berbanding Teh Pakistan. Barangkali Teh Pakistan itu hanya digemari oleh golongan dewasa @ yang lebih tua.
Roti Naan & Kebab Pakistan |
Kita suka makan roti paratha atau roti nan cecah kacang kuda.
Enak juga disantap dengan ikan goreng.
Boleh tambah sayur juga.
Roti Paratha. |
Hari ini kami singgah makan tengah hari di kedai Pakistan saja. Memandangkan Encik Suami sibuk dengan urusan kerjanya, jadi kami mencari tempat makan yang berhampiran sebab selepas itu Encik Suami akan sambung kerja, dan kita pula memandu pulang ke rumah.
Encik Suami hanya memesan segelas teh Pakistan dan sekeping roti paratha. Kalau Amie, suka banyak lauk tetapi Encik Suami lebih suka makan roti paratha kosong dengan minum segelas teh Pakistan sahaja. Amie minta pelayan kedai makan bawakan sepiring kacang merah untuk dicecah dengan roti paratha.
Barangkali dengan memakan roti paratha kosong, dapat mengembalikan kenangannya makan murtabak goreng atau kuih raja musa hasil air tangan arwah ibunya yang menyerupai roti paratha!
Sementara menanti makanan yang dipesan siap dimasak, Amie bantu Encik Suami makan roti paratha!
Kacang Merah. |
Tidak ketinggalan dua gelas Teh Pakistan.
Mi Goreng Seafood. |
Ada tiga ekor udang saiz kecil dan beberapa hiris sotong dalam pinggan Me Goreng Seafood.Habis licin kita makan! |
Sedaplah, sebab sikit. Alhamdulillah. Kenyang juga.
syu jarang mkn roti paratha dgn naan. kadang2 je. tp kalau roti naan, syu suka mkn naan cheese juga..
BalasPadamKalau diberi pilihan saya suka lempeng lagi. Jarang makan roti paratha atau roti naan. Kalau makan roti naan suka yang cheese. Besar betul rotinya sampai menutupi pinggan. Tulah ingatkan atas meja tadi.
BalasPadamKacang merah tu masak apa kak Amie? Berempah ke
BalasPadamsedap semuanya kak, terutama cicahnya makanan sampingan dia tu mcm2 ada
BalasPadamNampak sedap roti dan lauk pauk Pakistani tu cikgu...
BalasPadamBeberapa tahun dulu ketika semangat memasak masih dipuncak...pernah la masak roti paratha .naan..roti canai bagai,..Tapi tak la secantik kat kedai..hihihi
Sekarang ni tak tau la bila mambang R akan kembali ke puncak ðŸ¤
nampak garing betul roti paratha dekat sini ye kak
BalasPadam