Pages

Ahad, 13 November 2022

Firdaus Menang Sagu Hati Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila dikenang kembali, rasa bersalah membuak-buak di dalam dada. Namun apa boleh buat, segalanya sudah berlalu.

Ketika itu kita sibuk berhari-hari menyiapkan kerja hakiki, mengisi pelbagai borang secara online. Tidak sempat di sekolah, kita bawa pulang sambung di rumah pula. Pada masa yang sama, Firdaus membawa pulang sehelai kertas, berisi tulisan berupa sajak berjudul Negaraku Tetap Merdeka. Katanya, dia ingin menyertai pertandingan deklamasi sajak dan perlu hantar rakaman videonya kepada gurunya. Amie suruh Firdaus hafal sajak tersebut. 

Pada 17 Ogos, kita baca syarat penyertaan sepintas lalu dan video perlu dihantar pada atau sebelum 2 September. Ada masa nanti Amie akan bimbing Firdaus deklamasi sajak mengikut intonasi yang sesuai. Masih sempat mencari sajak lain jika tidak mahu deklamasi sajak yang disediakan oleh gurunya.

Pada 17 Ogos itu juga  kita  terbaca pesanan gurunya di dalam WhatsAap Group meminta supaya hantar rakaman video pada 18 Ogos. Waktu itu sudah malam. Firdaus pun memang keletihan, maklumlah seharian bersekolah, pagi sekolah agama, petang sekolah rendah.

Kita tanya Firdaus, masih mahu ikutkah pertandingan deklamasi sajak itu dalam keadaan tergesa-gesa? Firdaus kata, dia mahu ikut serta. Kita yang sedang kalut menyiapkan tugasan hakiki, meminta bantuan Encik Suami untuk urus pakaian Firdaus.

Firdaus merakam sendiri aksinya ketika mendeklamasikan sajak. Beberapa kali jugalah dia merakam sendiri, dan setelah selesai, Amie pun hantar rakaman video tersebut kepada gurunya.




Beberapa hari kemudian, diumumkan bahawa tarikh akhir hantar rakaman video ialah pada 2 September 2022. Guru Firdaus beritahu, masih ada masa untuk memperbaiki persembahan. Namun begitu, Firdaus tidak mahu merakam deklamasi sajak lagi. Katanya sudah penat sehingga berpeluh-peluh sewaktu merakam video tempoh hari.

Pada masa inilah kita rasa sangat bersalah! Setelah melihat syarat pertandingan serta rakaman video sekali lagi,  baru sedar banyak kesilapan Firdaus lakukan semasa merakam misalnya tidak menyebut tajuk sajak dan penulis sajak! Allahu Akbar! Nampak sungguhlah tidak dipedulikan.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, kita pun ambil iktibar. Biar sesibuk mana pun, sekurang-kurangnya berilah perhatian kepada aktiviti yang anak sertai. Yang lalu, biarlah berlalu.

Firdaus dapat hadiah sagu hati.

Firdaus sedang mendeklamasikan sajak tema merdeka.

Sijil dan hadiah sagu hati.


Tahniah Firdaus. Maafkan Mommy. Kita cuba perbaiki segala kesilapan dan kelemahan pada masa akan datang! Menang dan kalah itu adat pertandingan, tetapi sebaik-baiknya patuhi segala terma dan syarat pertandingan. Bagaimana pun, sayang sudah cuba sedaya upaya ikut kreativiti sendiri.

15 ulasan:

  1. Tak apalah, yang penting dia ada keyakinan mencuba,kak Amie pun sibuk. Cuba lagi ye, Firdaus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Dia ada keyakinan. Itulah sebabnya dia berani mencuba.

      Padam
  2. Ini namanya anak borek 'ibu' rintik. :)

    BalasPadam
  3. Bagus Daus, walaupun mommy sibuk, Daus usaha sendiri. Tak apa, Kak Amie, dari kesilapan inilah kita dapat perbaiki diri, kan. Mudah2an tahun hadapan ada rezeki Firdaus utk menang.

    BalasPadam
  4. Wah! Semangat nya si daus! Ada bakat dia ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Berminat pula dia baca sajak.

      Padam
  5. Wah, bersemangat betul Firdaus 👍 Tahniah atas kejayaan. Tahun depan cuba lagi.

    BalasPadam
  6. Tahniah Firdaus 👏
    Kagum dengan semangatnya nak mencuba.

    BalasPadam
  7. cikgunya lah silap kata 2 september tarikh akhir tapi baru 18 ogos dah minta hantar. Kesian juga buat Daus, takpe nanti boleh cuba lagi tau, apa pun tahniah buat Daus ya.

    BalasPadam
  8. Tahniah Firdaus!
    Apapun boleh baiki segala kelemahan untuk masa akan datang.

    BalasPadam
  9. Apa apa pun tahniah Firdaus. Semangat tu yang penting. Dia faham mommy sibuk. Takpe kak Amie. Di masa akan datang boleh luangkan masa untuk Firdaus :)

    BalasPadam