Pages

Ahad, 16 Oktober 2022

Sarapan Nasi Lobak Merah

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semuapengunjung setia Amie's Little Kitchen. Pagi ini LD mendung! Matahari bersembunyi di balik awan kelabu. Apa pun, kena tolak selimut. Tentu banyak aktiviti hendak dilakukan sepanjang hari ini. Jangan lupa, alas perut terlebih dahulu sebagai pembekal tenaga. 

Kali ini Amie kongsikan menu sarapan pagi kami pada minggu lepas. Jalan-jalan cari makan ini di tempat biasa, Rumpun Selera yang tidak jauh dari taman perumahan kami. Firdaus hendak makan nasi kuning. Sayangnya kami keluar agak lewat, dan nasi kuning sudah habis. Nasi lemak pun licin sama!

Terpandang seorang pekerja restoran meletakkan dulang berisi nasi lobak merah. Kita ambil nasi lobak merah, bubuh hati ayam masak kicap dan tambah acar mentah. Firdaus pula makan nasi putih dengan sambal dan ayam goreng. Menu sarapan pagi kami termasuklah idli dan roti telur. Alhamdulillah. Sarapan berat ini membuatkan perut kami kenyang sampai ke petang!

Nasi Lobak Merah


Tak sabar Firdaus hendak menjamah sarapannya.


Bismillah.


Besarnya buka mulut dik!

Nasi Lobak Merah + Hati Ayam Masak Kicap + Acar

Idli & the Gang


Suka chutney!


Setelah Firdaus licinkan pinggannya, barulah sampai roti telur Encik Suami. Kemudian datang pula milo nai Firdaus, dan lemon shoi kami.

Nak dengar cerita Mama Cella tentang lemon shoi. Sudah order lemon shoi kah.... ahaks!

Firdaus dengan milo nai.

Pagi ini Encik Suami kata nak jalan-jalan cari teh Pakistan!





17 ulasan:

  1. Selamat berhujung minggu Kak Amie:)
    Pernah makan nasi lobak merah semasa jamuan raya.

    BalasPadam
  2. Hahaha...belum keluar sarang lagi hari ni Cikgu...
    Plan hari ni nak ke UPM jap..Dah 10 hari tak pi jenguk langsungšŸ¤­
    Nanti kalau dah keluar boleh la cuba order Lemon ShoišŸ¤£

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus minum lemon shoi untuk kesihatan. Kan Mama Cella.

      Padam
  3. sedapnya sarapan pagi selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  4. Happy weekend Kak Amie.. cepatnya dah Ahad. esok kerja semula heheheh

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Itulah... macam tak puas berhujung minggu.

      Padam
  6. tak pernah jumpa lagi di sini nasi lobak merah. kat pekan nanas ni pun mendung aje beberapa hari ni

    BalasPadam
  7. Nampak macam nasi tomato gitu ya nasi lobak merah tu kak, makan dengan acar memang regu dia tu lah ye. Geram tengok ayam goreng Daus tu nampak ranggup betul tepungnya tu ya. Dana hujung minggu duduk rumah je kak, Edy dah dari minggu lepas asyik kerja je hujung minggu pun.

    BalasPadam
  8. Macam manalah rasa nasi lobak merah ya?
    Nasib baik ada menu lain walaupun nasi kuning sudah habis.

    BalasPadam
  9. licin Firdaus makan bila ada ayam goreng kegemaran. senang bila makan breakfast heavy, tenahari tak erlu kalut cari lunch pulak

    BalasPadam
  10. Weekend jalan jalan cari makan luar best jugak. Baru tahu ada menu nasi lobak merah. Macam menarik je tu. Waah..licin pinggan Firdaus tu. Bagus dia makan habis. Pagi pagi smart betul :)

    BalasPadam
  11. kak amie... lapar laa tgk hati masak kicap tuuuuu

    BalasPadam
  12. senang dah breakfast makanan berat. nanti tengahari tak lapar dah. hehe

    BalasPadam