Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas kami makan tengah hari di Restoran Ikan Panggang Lahad Datu. Banyak pilihan lauk yang ditawarkan dan berkonsepkan layan diri. Pelanggan penuh sesak tapi kami dapat juga selitkan diri. Teringat-ingat sambal belacannya yang sangat sedap.
Kawan-kawan mencadangkan supaya datang seawal pukul 11 atau di antara pukul 1-2 petang untuk elakkan kesesakan. Kami datang pukul satu tengah hari. Pelanggan masih memenuhi ruang makan yang agak luas. Banyak lauk yang sudah habis , tetapi satu persatu dulang lauk ditambah semula dengan masakan yang baharu.
Kami ambil saja mana yang ada. Yang penting dapat sambal belacan!
Hidangan Makan Tengahari di Restoran Ikan Panggang. |
Oleh kerana meja makan penuh, jadi apabila dapat meja Encik Suami duduk di situ dan kita mengambil makanan.
Pinggan nasi Encik Suami, kita isi dengan kerabu rumpai laut, telur masin dan sambal kicap.
Pinggan nasi sendiri, kita isi dengan sambal belacan, kacang botol dan telur masin.
Ikan Kerapu Panggang |
Sudah namanya Restoran Ikan Panggang, memang tak lengkaplah hidangan kalau tak ambil ikan panggang. Kita minta seekor ikan kerapu panggang daripada pekerja restoran yang kerjanya memanggang ikan di sudut restoran.
Acar Peria Campur Mangga Muda |
Encik Suami suka makan acar peria campur mangga muda. Habis licin semangkuk oleh Encik Suami seorang.
Nangka Muda Masak Lemak dengan Pakis Tanjung. |
Kita ambil nangka muda campur paku pakis tanjung masak lemak. Sesekali hirup kuah lemak memang sedap. Maklumlah biasanya kami hirup sup ceker dengan kurma merah sahaja.
Singgang Ikan |
Inilah yang kita cari. Singgang ikan yang masih panas kuahnya!
Sup Kosong |
Encik Suami memang sentiasa cari sup kosong! Agaknya tak lengkap makanannya tanpa kehadiran semangkuk kecil sup kosong.
Bismillah. |
Sambal belacan atau sambal kicap, dua-duanya memang sedap!
Kalau datang ke Lahad Datu, singgahlah di Restoran Ikan Panggang di alamat: 8113-8099, Lor Singgahmata Point 1, 91100 Lahad Datu, Sabah.
Selain hidangan nasi dengan lauk-pauk yang pelbagai, di sini juga ada makanan tradisional masyarakat Bajau iaitu putu. Pilihan lauk untuk dinikmati bersama putu pun banyak, seperti sagol pari, ikan panggang, kerabu mangga, kerabu rumpai laut dan sebagainya.
Sedap betul tu sambal belacan sampai teringat-ingat..hihihi
BalasPadamMenariknya kerabu rumpai laut..
Ikan kerapu kalau kat semenanjung dikira ikan gred A tu..
Sup kosong tapi nampak tak kosong..kalau sini sup kosong memang air + kiub ayam🤭🤣
Hahaaaa... belacan saya hilang di dapur. Tak tahu ke mana perginya.Dapat sambal belacan di luar, rasa sedap. Itu yang repeat, tak mahu buat sendiri.
Padam🤣🤣🤣Lawak bila dengar belacan hilang..Selalu kita bising anak hilang stoking..Ni mak hilang belacan..Acaner?🤭
PadamMenarik juga acar peria + manggu. Ada pahit dan masam selain manis masin. Boleh cuba ni😋
BalasPadamSelalu juga saya buat acar peria dengan mangga. Encik Suami suka yang pahit dan masam-masam.
PadamKak Amie buat sy telan liur pagi2 ni. Rasanya ikan panggang ni, kalau nak berkuah, masak lemak tu ok juga, tapi jangan sampai banjir. Sambal belacan tentulah wajib.
BalasPadamNampak macam-macam lauk, rasanya semua nak makan kan SK hahahaaa.
Padamsedap betul tu kak sampai repeat lagi ya... kalau dah kene dengan selera memang rasa nak datang berkali-kali kan kak
BalasPadamBolehlah datang selalu untuk makan tengah hari. Itu pun kalau Encik Suami ada kesempatan untuk datang sama-sama.
Padaminsyallah untuk isteri tercinta boleh punya, pakis tanjung tu kalau kampugn dana di panggil pakis perak kak... mmg sedap masak lemak cili api
PadamKadang-kadang tak larat balik rumah terus masak sebab penat kerja lebih masa. Itu pasal makan saja di luar.
PadamMacam-macam nama pakis ye Dana.
Mesti berjenis jenis ikan panggang ada. Makan ikan panggang cicah sambal belacan dan sambal kicap tu memang padu. Tambah lagi ada ulam. Mengundang selera makan betul. Acar peria tu rare kak Amie. Tak pernah jumpa lagi. Peria mentah ye tanpa celur? Confirm pahit! Suka makan peria tapi peria rebus atau peria buat lauk.
BalasPadamMemang banyak jenis ikan panggang ada. Nak makan seorang seekor takut tak habis, sebab ambil lauk lain juga. Acar peria tu memang biasa kami makan. Peria itu tak dicelur, dan memang kurang pahit. Kalau Kak Amie hendak buat acar peria, beli peria yang warnanya hijau muda atau keputih-putihan. Itu memang tak berapa pahit.
PadamOkay baiklah. Kalau jumpa peria macam tu boleh cuba makan. Tapi kalau peria kampung hijau tu memang tak berani makan mentah, kena rebus juga. Pahit ya amat! Terima kasih share info peria.
Padamlauk mcm nie la sedap, menambah nasi tu
BalasPadamIkutkan hati memang nak menambah nasi, tapi lauk tu ambil lebih, jadi ratah sajalah lauk selepas nasi habis.
Padamkak kerabu rumpai laut tu mengancam laa
BalasPadamsedapnya nampak.. bila la nak ada rezeki ke lahad datu ni..
BalasPadam