Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di pagi Isnin yang redup. Suasana di luar kelihatan mendung. Marilah jemput sarapan bersama di dapur Amie. Kawan-kawan sarapan apa pagi ini? Amie goreng cucu jagung campur udang dan melempeng pisang lagi! Sayang ada lebihan pisang yang tak dimakan. Eloklah buat lempeng.
Sarapan pagi dengan cucur jagung campur udang dan lempeng pisang. |
Sebelum ini kita sudah kongsikan beberapa entri tentang lempeng pisang. Lempeng pisang air tangan kita ditambah jagung krim. Adunannya memang agak pekat, tetapi apabila masuk kuali, jadi lembik sedikit kerana kita kurangkan tepung. Jadi, kalau sesiapa hendak mencuba, kenalah bersabar melayan karenahnya. Kena gunakan api perlahan sahaja. Nak terbailkkan pun kena berhati-hati. Berbaloilah dengan caranya bagai menatang minyak yang penuh, sebab apabila masuk mulut memang hendak menambah 4-5 keping!
Ada yang suka lempeng tebal, ada yang suka lempeng nipis. Amie suka lempeng nipis dan garing. Sementara kita goreng cucur jagung campur udang atas permintaan Firdaus, kita melempeng di tungku sebelah. Firdaus pula bantu bancuh minuman milo.
Jemput makan lempeng.
Puas hati dapat menikmati lempeng pisang jagung krim yang sangat sedap. Tak terkira berapa keping masuk mulut...ahaks! Bukan apa, tak sempat kira! Lagi satu, lempeng kali ini kita buat nipis dan garing. Biasanya buat tebal sikit.
Di bawah ini kita kongsikan beberapa entri Lempeng Pisang Jagung Krim. Bolehlah terjah ke sana untuk tutorial lengkap.
Resipi Lempeng Pisang Jagung Krim pernah tersiar dalam Majalah AROMA 2013. Eh, hampir 10 tahun sudah! RESEPI AMIE'S LITTLE KITCHEN DALAM MAJALAH AROMA JANUARI 2013
sedapnyaaaa lempeng pisang....lama dah SA x makan...cucur jagung tu selalu SA failed buat...hehehe
BalasPadamKita modenkan lempeng pisang SA. Lemak berkrim, disukai ramai... ahaks!
BalasPadampisang tgh banyak ni kat rumah. saya reti buat kek pisang aje...nnt boleh la try buat lempeng ni pula
BalasPadamKek pisang pun sedap tapi lama sungguh saya tak buat kek pisang.
PadamMasyaa Allah sedapnya.....nampak garing elok lempeng pisang comel dan cucur jagung..Lengkap hidangan savouri dan manis bersama secawan air milo...
BalasPadamThanks for sharing breakfast ideas. it's looking very yummy and I love to eat banana flakes .keep sharing more yummy recipe with us .Now it's time to avail
BalasPadamHi Vis Traffic Jacketfor more details.
Really a nice idea, I love the combination thanks for this cool idea share more like this, Now it's time to avail generator installation for more information.
BalasPadamSedapnya hidangan kak Amie. Baru lepas buat lempeng semalam. Lempeng biasa lah tapi. Saya suka lempeng nipis dan garing macam kak Amie.
BalasPadam