Pages

Ahad, 4 September 2022

Angel Hair Goreng Pedas

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Moga ceria-ceria sahaja hari ini.
Jom sarapan Angel Hair Goreng Pedas.


Angel Hair Goreng Pedas


Bahan-bahan:
  • 300 gram angel hair - masukkan ke dalam air mendidih (titikkan sedikit minyak) - rebus selama 3 minit - angkat - toskan 
  • 15 ekor udang segar - bersihkan
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang. 
  3. Setelah udang berubah warna, masukkan angel hair.
  4. Tuangkan sos cili dan sos tiram.
  5. Gaul rata.
  6. Taburkan sedikit garam / perasa pilihan.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Angel Hair Goreng Pedas


7 ulasan:

  1. Selamat pagi, Kak Amie.
    Pedas-pedas macam ni, tentunya menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sedia minuman panas SA. Ngam tu pedas jumpa panas. Berair mulut, berair mata!

      Padam
  2. Wah...nampak sedapnya " rambut malaikat"tu cikgu..🤭
    Saya pun pagi ni masak pasta olio bawang putih ja.
    Dah takda idea nak masak apa..
    Pasta selalu jadi penyelamat kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Farid pun suka pasta olio. Biasanya kalau balik bercuti, dia nak makan yang western memang dia masak sendiri.

      Padam
  3. Okay boleh cuba resipi kak Amie nanti. Biasa buat macaroni goreng je. Jenis angel hair dan spaghetti belum pernah cuba lagi. Banyak rencah dan pedas tu sedap!

    BalasPadam