Pages

Selasa, 20 September 2022

Surprise Sambutan Ulang Tahun Fairuz

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam semalam Abang Aznan belanja makan-makan anak isteri, Fairuz dan Haziq di Hotel Promenade Kota Kinabalu.  Setelah selasai makan, ada kejutan  untuk Fairuz sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21. Abang Aznan tempahkan kek untuknya.

Nampak kegembiraan di wajah Fairuz pada malam itu. Di belakangnya, isteri Abang Aznan, anak-anak mereka Yunita, Maisarah, Iskandar dan  baby Khadeejah.

Nampak unik betul kek ulang tahunnya!
Ada gambar ikan-ikan. Sesuai sangatlah dengan minat Fairuz dengan kerjanya mengambil ikan dari kapal dan menghantarnya ke pasar raya di sekitar Kota Kinabalu.

Selamat ulang tahun yang ke-21 tahun Fairuz. Moga sihat sentiasa. Kerja dengan tekun. Jangan lalai dengan kemegahan dunia. Solat setiap waktu.


Tak tahulah apa nama makanan pilihan Fairuz pada malam itu.
Nampak seperti beef steak. 


Terima kasih Abang Aznan sekeluarga kerana meraikan ulang tahun anakanda Fairuz yang jauh dari mata kami.
Semoga urusan perniagaan Abang Aznan sentiasa dipermudahkan, serta mendapat pulangan yang berlipat ganda. Amin ya Allah.

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    meriah rezeki Fairuz..semoga murah juga rezeki keluarga Abang Aznan..
    baru tau nama penuh dia Fairuz Zamri🤭

    BalasPadam
  2. Cantik kek...ada ikan berenang!
    Happy birthday buat anakanda Fairuz.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Tahniah dan Selamat Hari Lahir Fairuz. Semoga dikurniakan lagi rezeki. Cantik dekorasi kek tu.

    BalasPadam
  4. Semoga murah rezeki Abg Aznan sekeluarga. Beruntung dapat majikan merangkap sepupu yang baik.

    BalasPadam
  5. Semoga Allah menggandakan rezeki dan kesihatan yang baik buat mereka semua.

    BalasPadam
  6. Selamat hari lahir buat Fairuz, moga terus sukses berjaya dunia dan akhirat... kerja berpanas sampai makin gelap tengok si Fairuz tu kak. Kek pun ada ikan sesuai dengan kerjaya dan kegemarannya ya.

    BalasPadam
  7. Happy birthday utk Fairuz...Alhamdulillah, moga murah rezeki Abang Aznan sekeluarga...

    BalasPadam
  8. alhamdulillah untung Fairuz dikelilingi oleh kawan2 dan sanak-saudara yg baik2.

    BalasPadam
  9. Happy belated birthday Fairuz....seronok bila ada yang ingat birthday dan raikan untuk kita kan...

    BalasPadam
  10. Sungguh pemurah Abg Aznan ni. Sentiasa berkongsi rezeki belanja keluarga. Alhamdulillah...Selamat ulang tahun ke 21 Fairuz. Semoga menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat. Aamiiin...
    Comel betul keknya ada lukisan ikan :)

    BalasPadam
  11. Sungguh pemurah Abg Aznan ni. Sentiasa berkongsi rezeki belanja keluarga. Alhamdulillah...Selamat ulang tahun ke 21 Fairuz. Semoga menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat. Aamiiin...
    Comel betul keknya ada lukisan ikan :)

    BalasPadam