Pages

Isnin, 22 Ogos 2022

Lempeng Cair Sambal Tomato

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Encik Suami akan pulang ke rumah untuk tukar kereta sebelum keluar semula mengambil Firdaus dari sekolah. Kereta kitalah yang jadi mangsanya. Tapi elok jugalah, kiranya rezeki kita sebab Encik Suami akan isi minyak kereta. Setakat ini belum pernah kita isi minyak kereta sendiri sejak kereta itu lahir pada Mei 2020. Kereta  kita sebelum ini sudah 'diangkut' Fairuz ke Kota Kinabalu.

Tiba-tiba kita terfikir, mana tahu Encik Suami hendak minum petang selepas solat asar sebelum keluar semula. Jadi kita pun siap-siap buat lempeng cair. Kebetulan baki sambal tomato masih ada lagi. Bolehlah cecah dengan lempeng cair. 

Laris manis betul resipi Lempeng Cair Mama Cella yang diviralkan oleh Adinda SK di Tanah Jauhar  dari dapurnya itu.

Lempeng Cair Sambal Tomato


Kali ini Amie kongsikan pula resipi lempeng cair dari dapur sendiri. Amie gunakan sukatan kampung saja. Gunakan cawan. Amie tidak gunakan minyak untuk oles di kuali sebab Amie gunakan kuali non stick.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum (Amie gunakan tepung gandum cap rama-rama)
  • 1 3/4 air
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur gred A
Cara:
  • Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan handwhisk. Kalau ada tepung masih berketul, eloklah tapiskan adunan.
  • Biarkan selama 30 minit supaya adunan mengembang dan menjadi lembut serta kenyal.
  • Panaskan kuali dan tuangkan satu senduk adunan. Angkat kuali dan layang-layangkan adunan menjadi bulatan.
  • Apabila bahagian tepi lempeng nampak lekang dari kuali, angkat dan terbalikkan.
  • Biarkan seketika dan kemudian angkat.
Lempeng Cair Sambal Tomato

Untuk resipi Sambal Tomato bolehlah klik di sini: Sambal Tomato

8 ulasan:

  1. Ya allah sedapnya lempeng kampung...

    BalasPadam
  2. Aisehhh.. Kak Amie tayang lempeng cair pulak, dia punya sambal lagi merah mengancam. Nampaknya seminggu ni sy cuma dapat tenung ajelah lempeng di dapur orang, hihi.

    BalasPadam
  3. Tudiaaa....nampak lempeng cikgu sama garing dengan lempeng adinda SK tu..
    Macam nak kena melempeng lagi ja ni...Pengaruh rakan memang bahaya..🤣

    BalasPadam
  4. Ayah saya suka lempeng macam ni. Makan hari-hari pun boleh. Sambal tomato kak Amie memang legend blog ni. Hehe

    BalasPadam
  5. Tadi nak tanya kenapa perlu rehatkan adunan 30 min.. ok, dah baca link.. tq share resepi dan petua . Lepas ni boleh cuba.

    BalasPadam
  6. Cuaca mendung di luar ni, sedapnya dapat makan lempeng & kopi O :)

    BalasPadam
  7. Aduh.. Lempen dengan sambal pula.. Mengancam sangat menu Kak Amie nie..

    BalasPadam