Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini berkesempatan sediakan bekal makanan untuk Firdaus ke sekolah. Biasanya, sebelum Encik Suami ambil Firdaus di sekolah agama, Encik Suami akan beli nasi putih dan ayam goreng kegemaran Firdaus, dan masukkan dalam tupperware. Firdaus akan tukar pakaian sekolah agama ke pakaian sekolah rendah di dalam kereta Encik Suami. Pada waktu ini bukan tukar baju sekolah sahaja, pertukaran beg sekolah juga akan berlaku. Beg sekolah agama bertukar dengan beg sekolah rendah.Tidak lupa sebuah beg berisi makanan dan botol minuman akan Firdaus bawa turun dari kereta menuju ke kelasnya.

Memandangkan bekalan makanan yang dibawa akan dimakan pada waktu rehat, pukul 3:05 minit petang, jadi kita memang tak dapat nak sediakan pada waktu pagi untuk dimakan waktu petang. Sebaik-baiknya, makanan berkualiti yang boleh dijamah selewatnya setelah tempoh 4 jam selepas dimasak. Selepas itu, kemungkinan besar makanan menjadi basi.
Sebelum tidur malam tadi, Firdaus pesan supaya Amie bekalkan nasi dengan udang goreng salut epung BESTARI. Amie tambahkan daun salad dan telur dadar serta buah anggur. Firdaus memang makan salad terutamanya romaine lettuce.
Bekal Firdaus ke Sekolah. |
Nasi Putih + Udang Goreng Salut Tepung Bestari + Romaine Lettuce + Telur Dadar. |
Buah Anggur. |
aduh sedapnya bekal Daus... memang mengiurkan betul udang tu
BalasPadamHehe tiada kuah. Bagus Firdaus makan salad.
BalasPadamBekalnya sangat mewah bu hehe
BalasPadamBagus firdaus makan salad ye...kalau SA bekalkan Dania..mesti ada sayur goreng...itu mmg wajib la...
BalasPadamMenggodanya bekal Daus....
BalasPadamNi kalau Kak Cella tengok ni..pasti menggamit kenangan bab-bab bekal ni...🥰
mewah sangat bekalannye ni ummie.,. ;p
BalasPadambagus Firdaus makan salad. Jadual pack ye. Semoga Firdaus cemerlang dunia akhirat. Aminn
BalasPadam