Pages

Selasa, 23 Ogos 2022

Putu Soppa @ Putu Bugis

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi rakan-rakan  Amie's Little Kitchen. Semoga hari ini dapat memulakan hari dengan penuh ceria walau di mana sahaja anda berada.

Seawal pukul 6 pagi tadi Amie ikut Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama. Dalam perjalanan pulang, kami singgah membeli kuih-muih untuk sarapan pagi. Oleh kerana hari masih pagi (belum pukul 7 pagi), sempatlah kami berdua bersarapan di rumah sebelum Encik Suami keluar semula untuk ke tempat kerjanya.

Amie pilih kuih yang lembut-lembut saja sebab nak jaga jahitan gusi. Encik Suami pula boleh kunyah kuih-muih yang lebih keras seperti pastil. 

Lama tak makan kuih Putu Bugis @ Putu Soppa. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras biasa dan tepung beras pulut yang dikukus dan kemudian digaul dengan parutan kelapa. Kalau nak makan, cecah dengan sambal. Sambalnya pula Amie rasa seperti sambal telur hancur. Sedap rasanya. Kami beli 5 ketul puttu soppa ini dengan harga RM2.00.

Putu Bugis @ Putu Soppa


Aneka kuih untuk sarapan pagi:
  • Putu Soppa @ Putu Bugis
  • Roti Pisang
  • Pastil
  • Pais Jagung


Pastil


Kuih pastil ini (makanan tradisional masyarakat Bajau / Suluk) sudah tentunya sangat sedap, tapi Amie tak boleh kunyah. Tengok sajalah Encik Suami makan. Kalau Amie boleh makan, memang tak cukup 3 ketul!

Roti Pisang

Amie makan sekeping roti pisang. Rasanya lemak manis-manis manja. Mungkin kalau dinikmati ketika masih panas, tentu lazatnya berganda!

Pais Jagung

Ini pula kuih pais jagung. Amie pernah buat sendiri kuih ini di sini: PAIS JAGUNG.

Putu Soppa @ Putu Bugis

Amie makan tiga ketul Putu Bugis @ Putu Soppa. 
Selepas sarapan, terus makan ubat dan antibiotik. Malam tadi, gusi rasa sakit sedikit, dan nampak bengkak di bawah pipi. Amie terlupa pesanan doktor apabila balik dari klinik supaya tuam dengan ais setiap 15 minit pada bahagian luar gigi yang dibedah itu. Harap hari ini keadaan gusi beransur baik. 



15 ulasan:

  1. Selain dari putu, yg lain tu semua tak penah try lagi. Pastil tu macam karipap ye Kak Amie? Apa inti kat dalam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pastil tu macam karipap tapi intinya bihun. Makan dengan kuah pedas.

      Padam
  2. sedapnya. tapi tulah baru lepas operate gigi memang tak lalu makan. tak pernah lagi makan putu soppa. nasib baik bukan stopa.hehe

    BalasPadam
  3. Putu Soppa tu, macam putu bambu.. uniknya ia dicicah dengan sambal ya, Kak Amie. Yang lain2 pun tak nampak ada jual di Semenanjung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putu soppa ni rasa dia kenyal-kenyal sedikit, sebab campur tepung beras dengan tepung pulut. Memang sedaplah makan cecah sambal.

      Padam
  4. Menarik tu putu soppa...Belum pernah jumpa.Pastil tu dah lama berangan nak buat tapi belum terbuat..Karipap inti mihun kan cikgu?
    Roti pisang pun menarik..haish..semua sedap nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sewaktu tulis entri ini teringat kat Mama Cella. Terlintas di fikiran, sudahkah Mama Cella cuba buat pastil berkulit nipis ni hihihiii.

      Padam
  5. Di LD ada orang jual putu bugis ya kak, di sandakan tak pernah jumpa lagi...tapi baru ini pergi Indonesia dapat juga makan dengan sambal tahi minyak, beli kat pasar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak putu bugis di LD. Di gerai, di pasar tani pun ada. Oooo sambal tahi minyak sedap tu!

      Padam
  6. Rasa nak terkam jer putu bugis tu..nampak sedap

    BalasPadam
  7. Wah.. Menariknya.. Putu dimakan bersama sambal.. Kat sini tak ada pula orang jual.. teringin nak cuba..

    BalasPadam