Pages

Ahad, 21 Ogos 2022

Ikan Nyok Nyok Panggang & Sambal Tomato

Bismillahirrahmanirrahim.
Di hari minggu ini Amie kongsikan menu makan tengah hari yang ringkas tapi diharap memenuhi piawaian pemakanan sihat untuk orang yang sudah berumur seperti kami.... akas!  Amie panggang ikan nyok nyok dalam kuali ajaib, dihidangkan bersama sambal tomato. Sayurnya pula, sayur bening betik mengkal ditambah sayur sawi. Aduhai! Kuah sayur bening manis-manis betik mengekal memang sedap sangat dihirup! Segerrr! Seperti kebiasaannya Amie buat telur dadar kesukaan Firdaus.

Ikan Nyok Nyok

Hidangan Tengah Hari

Sayu Bening Betik Mengkal dengan Sayur Sawi

Nasi dan Ulam-Ulaman.



Sambal Tomato

Agak lama juga Amie tidak kongsikan Sambal Tomato. Boleh lihat entri lama di sini: SAMBAL TOMATO dan di sini: SAMBAL TOMATO, dan banyak lagi sambal tomato dalam entri yang lain. Sambal Tomato yang Amie masak ini sedap dimakan bersama ikan atau ayam panggang, ubi rebus, pisang goreng, lempeng dan sebagainya. Jom Amie kongsikan resipinya di sini pula:

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan gula melaka parut
  • 2 keping asam gelugur
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:

  • 200 gram cili padi
  • 600 gram tomato - potong dadu
  • 7 biji buah keras
  • 10 gram belacan
  • 7 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
  2. Masukkan gula Melaka parut dan asam gelugur.
  3. Biarkan masak sehingga mendidih seketika.
  4. Perlahankan api dapur, dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
  5. Setelah bahan tumisan terbit minyak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


Hidangan tengah hari ini diharap dapat memenuhi piawaian menu masakan sihat dan berkhasiat untuk insan yang sedang meniti usia senja seperti kami.

Jumpa lagi.



16 ulasan:

  1. eat clean dah ni..
    Makanan segar dimasak simple segini terasa kemanisan semulajadi ikan dan sayurnya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya eat clean ini sudah diamalkan oleh orang tua kita sejak dulu. Emak saya sampai sekarang mesti cari sayur bening, makan dengan nasi.

      Padam
  2. sedapnya amie, baru-baru ni kak ana buat sambal belimbing buluh sama macam sambal tomato amie tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih AJ. Sedap tu sambal belimbing buluh.

      Padam
  3. sedapnya... kalau ikan panggang gini mmg kena lawan sup mcm ni kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan panggang lawan dengan sayur masak lemak lagi sedap hihihiii.

      Padam
  4. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  5. Presentation nya menarik betul. Sedapnya ikan panggang, cicah pulak dengan sambal tomato..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz.
      Ya, sedap. Cecah dengan air asam lagi sedap kot heheheee.

      Padam
  6. nampak sedap betul ikan tu kak... dia punya gu pun sesuai semuanya tuh

    BalasPadam
  7. Sedapnya ikan nyok- nyok bakar tu...lapar terus perut SA...

    BalasPadam
  8. menu sihat tapi sedap. telan air liur malam-malam ni. haha

    BalasPadam
  9. Ya Alloh indah banget foto dalam tampah bambunya kak...serasa ingin ku menyolek sambal hihi

    BalasPadam