Pages

Ahad, 21 Ogos 2022

Ikan Lausu & Anak Ikan Jenahak

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Hari ini kita ada janji temu dengan doktor gigi pada pukul 11:15 pagi. Memang rasa tak seronok, sebab minggu lepas pada petang Rabu kita pun sudah ke klinik gigi juga. Baiklah, kita lupakan cerita di klinik pergigian. Kita cerita tentang ikan pula. 

Hari ini kami sempat ke pasar ikan, beli tiga jenis ikan. Setiap jenis dalam timbangan 1 kilogram sahaja. Kita beli ikan lausu, anak ikan jenahak dan ikan putih @ ikan nyok-nyok.

Ikan Lausu.
 
Ikan lausu ini ada juga yang panggil ikan kutambak. Saiznya ada yang kecil dan ada yang besar. Kalau beli saiz besar biasanya kami beli yang sudah dibersihkan dan dipotong-potong. Kadang-kadang kami beli bahagian kepalanya sahaja untuk dimasak sup.
 
Anak Ikan Jenahak

Ini anak ikan jenahak. Saiznya agak kecil. Seekor dalam timbangan 250gram. Beli 4 ekor  seberat 1 kilogram.


Ikan Putih @ Ikan Nyok-Nyok


Udang Pink



Sayur & Buah

Masih ada sayur sawi di peti sejuk, jadi kami hanya beli salad romaine dan terung taiwan sahaja. Beli 5 biji buah avocado, lemon, tempe dan cili padi.

8 ulasan:

  1. Di sana murah tak harga ikan? Nampak segar2 belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung tempat jualann dan jenis ikan. Kalau di pedalaman, jauh dari laut dan bekalan ikan memang mahal harganya.

      Padam
  2. Ooo..itu rupa ikan nyok-nyok yang fresh.. Ikan ni ada dalam menu asrama dulu-dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan nyok nyok ni ada yang panggil ikan putih.

      Padam
  3. Seronoknya tengok ikan-ikan segar tiap kali cikgu upload pic ikan.
    Apa khabar Fairuz dengan bznz nya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli sikit-sikit saja, sebab hanya kami bertiga saja yang makan.
      Alhamdulillah. Fairuz setakat ini ok dengan bisnes ikannya. Cuma, itulah.... sangat jauh untuk melawatnya. In syaa Allah ada rezeki bulan Sptember nanti nak ke KK. Bolehlah tengok-tengok tempat dia ambil bekalan ini.

      Padam
  4. Ikan lausu tu biasa masak apa?

    BalasPadam
  5. SA suka betul tengok ikan- ikan segar tu kak amie..lama plak x pi Pasar

    BalasPadam