Pages

Selasa, 23 Ogos 2022

Ikan Lausu Goreng & Sambal Tomato Daun Kemangi

Bismillahirrahmanirrahim. 
Pagi tadi, terlajak masuk dapur masak nasi untuk bekal Firdaus, kita teruskan masak untuk makan tengah hari. Kalau Encik Suami pulang, tidaklah kelam-kabut untuk masak. Biasanya Encik Suami pulang untuk solat zohor dan kemudian keluar semula. Alhamdulillah, menjelang azan zohor pada pukul 12:12 minit tengahari, Encik Suami muncul. Dapatlah kami makan bersama. Sekarang, kembali semula seorang diri. Baiklah masuk dapur maya pula.

Rakan blogger kita, Faizahanum @ wife to @ jalan rebung tanya  dalam entri Ikan Lausu : Ikan lausu tu biasa masak apa?

Ikan lausu @ ikan kutambak (dari spesies ikan batu) ini Amie biasa goreng saja. Kalau MIL pula, suka masak sambal. Hidangan tengah hari ini Amie masak biasa-biasa sahaja, masakan kampung. Goreng ikan lausu, masak sayur bening dan sambal tomato daun kemangi. Tambah dengan tempe 'air fryer'.

Hidangan Tengahari

  • Ikan Lausu Goreng
  • Sambal Tomato Daun Kemangi
  • Sayur Bening Labu Manis + Bayam + Jagung + Daun Kemangi
  • Tempe  Air Fryer
  • Buah Pir
  • Nasi Putih

Inilah ikan lausu @ ikan kutambak. Isinya penuh. 

Ikan Lausu Goreng.



Sayur bening kali ini Amie gunakan labu manis, ditambah sayur bayam, isi jagung dan daun kemangi. Kalau nak masukkan ketulan jagung yang masih berbatang pun boleh. Petua untuk masak sayur bening ini, tak perlu campurkan apa-apa bahan  perencah lain seperti bawang, ikan bilis dan sebagainya. Cukup sekadar rebus dan letak garam / perasa sahaja. Apabila kuahnya dihirup, memang sangat lazat dengan aroma daun kemangi. Kiranya daun kemangi itulah yang menerbitkan aroma yang menggoda selera! 

Amie rebus labu dan sayur bayam hingga lembik sedikit supaya mudah dikunyah dan tidak menekan bahagian gusi yang berjahit itu.

Daun Kemangi.

Sayur Bening Labu Manis dengan Bayam + Daun Kemangi.


Bahan-bahan untuk Sambal Tomato Daun Kemangi

Daun kemangi itu juga Amie gunakan untuk buat Sambal Tomato Daun Kemangi. Boleh klik di sini untuk melihat paparan yang lalu: SAMBAL TOMATO DAUN KEMANGI.

Bahan-bahan:
  • 20 biji cili padi - potong 2
  • 7 biji tomato kampung - belah 2
  • 5 ulas bawang putih - belah 2
  • 7 biji bawang merah - belah 2
  • 5 tangkai kemangi - ambil daun dan pucuknya
  • 10 gram belacan
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
Cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga layu.
  2. Kemudian masukkan belacan. Goreng hingga terbit aroma belacan.
  3. Angkat bahan gorengan dan tumbuk kasar di dalam lesung.
  4. Seterusnya masukkan daun kemangi, dan tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
  5. Tuangkan jus limau kasturi.
  6. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal Tomato Daun Kemangi


Tempe Air Fryer

Nasi & Ulam Petai


Buah Pir

Jemput makan tengah hari.


Ikan Lausu Goreng


Selamat menjamu selera buat rakan-rakan yang sedang meikmati hidangan tengahari. Jumpa lagi.


15 ulasan:

  1. saya sekarang ini suka makan sambal (yang kurang pedas) berbanding dulu tidak berapa suka. Tak tahu kenapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin selera turut berubah seiring usia.

      Padam
  2. Mesti sedap kalau penuh isi ikan tu, Kak Amie. Di Johor ni, ada beberapa cawangan restoran bernama Kemangi, tentu sempena nama pokok kemangi, kan. Mesti sedap aromanya kalau sampai tak perlu nak letak bawang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aroma daun kemangi ini sangat menyegarkan. Ada bau serai yang agak kuat. Agaknya kalau bercampur bawang, tenggelam aromanya.

      Padam
  3. serba lengkap menunya sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak PI. Moga memenuhi piawaian menu sihat dan berkhasiat.

      Padam
  4. nampak sedap ikan lausu, byk isi...semoga cepat sembuh gusinya..

    BalasPadam
  5. Aduh..nampak ikan segar digoreng garing sangatlah menggoda selera saya
    Semalam menonton youtube Daeng Lala Chanel...
    Sangat suka saya melihat kehidupan mereka dipulau yang cantik dan belum terusik serta kaya hidupan laut dengar Daeng Lala tu sebut ikan dicelah batu tu namanya ikan ketumbak auto teringan cikgu sebab cikgu selalu upload ikan ketumbak.

    BalasPadam
  6. Ooooo...ikan ni kat area SA dipanggil ikan gerut...ke lain..hahaha...tp tengok rupa parasnya sama....SA nak ikan kitang.......hahahahaha

    BalasPadam
  7. sekarang dana pun dah jatuh cinta dengan daun kemangi kak... tapi dana punya kat rumah rupa dia lain sikit... yg daun dia bulat2 tu kak

    BalasPadam
  8. Memang win lah ni ada ikan goreng, sayur bening dan sambal belacan!

    BalasPadam
  9. It seems delicious After finishing it, I was incredibly amazed. I would like to read more articles of the same kind. Many thanks!
    How impostor syndrome rattles student’s self-confidence

    BalasPadam
  10. Sukanya baca perkongsian Kak Amie mengenai ikan.. Macam-macam jenis.. Menu masakan pun ohsem..

    BalasPadam