Pages

Selasa, 23 Ogos 2022

Bekal Firdaus ke Sekolah : Nasi Lauk Ayam Goreng Tepung BESTARI

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Hari ini dapat siapkan bekal makan Firdaus untuk ke sekolah rendah. Firdaus minta gorengkan dada ayam salut tepung BESTARI. Biasanya orang tak berapa minat makan bahagian dada, tapi apabila potong kecil-kecil dan goreng dengan tepung, memang tak terasa itu bahagian dada. 

Bekal Firdaus ke Sekolah.



Nampak agak banyak dada ayam goreng yang Amie bubuh dalam bekas makanannya. Sebenarnya Firdaus suka kongsi makanan dengan rakan-rakan sekelasnya. Firdaus selalu bercerita, kawan-kawan suka bertukar lauk. Mereka makan dalam kelas dan ada guru yang mengawasinya. Maklumlah, kantin sekolah kacil, tak muat tampung murid-murid pada satu-satu masa. Guru-guru di sekolahnya sangat menggalakkan anak murid membawa bekal makanan dari rumah.


Seperti kelmarin, kita bekalkan buah anggur lagi. Cerita Firdaus, dia makan buah anggur bersama kawan-kawannya di dewan sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Ada yang dapat sebiji, dan ada yang dapat dua biji. Firdaus makan empat biji, katanya. 


Awal pagi tadi, ikut Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama. Budak ini bawa bantal busuk bersama!


Bawa sekali pakaian sekolah rendah. Tengah harinya, tamat sekolah agama, Firdaus aka tukar pakaian dalam kereta.


Kami hantar sampai ke pintu pagar sekolah agama.


Belajar rajin-rajin ya sayang!


Minggu ini pada hari Sabtu ada program gotong-royong di sekolah Firdaus. Semua ibu bapa dijemput hadir. Kita teringin turut serta. Sayangnya pada hari tersebut sekolah kita pun ada program Karnival STEM (Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Terpaksalah dahulukan ke 'rumah' kita dulu sebab semua guru wajib menjalankan tugas pada hari tersebut.



13 ulasan:

  1. MasyaAlloh firdaus pinter sekolahnya...dan bekal dari kak amie amatlah sangat menggiurkan kak...jangankan anak-anak...mbul aja sampai terliur liat ayamnya dibikin kayak chicken pok pok cute seukuran ruas jari dan renyah...alamak pengen masak jadinya, dan anggur hitam...alangkah manisnya...yummy

    BalasPadam
  2. Tak terfikir nak potong kecik2 dada ayam & goreng dgn tepung adabi. Bagus idea Kak Amie ni!

    BalasPadam
  3. tepung adabi dah mmg sedap, tak perlu cicah sos...bagus makan bersama,kongsi2 lauk, semoga bertambah berkat..erat silaturahim..jadi kenangan bila dah besar nanti..

    BalasPadam
  4. Kalau dah goreng macam chicken popcorn tu..kita pun boleh habiskan semangkuk ayam tu..hihihi..
    Bekal anak sekolah banyak kenangannya..
    Kadang rindu nak masak bekalnabak sekolah

    BalasPadam
  5. SA plak kalau dada ayam lebih suka hiris memanjang then salut tepung bistari and goreng...lagi nipis lagi sedap...hehehe.....bestnya bekal Firdaus...sihat bekalnya tu ha....

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.. suka berkongsi..

    BalasPadam
  7. dana pun suka buat goreng bahagian dada gini kak, laju je abis. Tapi kalau tengok macam banyak ayam dari nasi nya kak

    BalasPadam
  8. sedap bekalan firdaus kongsi rezki dgn kwn2 sekolah

    BalasPadam
  9. Sama gak kalau bahagian dada ayam tu potong kecik baru lah dipandang.

    BalasPadam
  10. Sedap juga goreng begitu. Semangat Firdaus makan. Bagus suka berkongsi. Didikan baik dari ibu dan ayah

    BalasPadam
  11. Kalau Sha pun memang bekalkan extra.. anak-anak ini suka bertukar dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.. lebih seronok agaknya makan beramai-ramai..

    BalasPadam