Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi dengan cerita dari dapur. Apabila sedang edit gambar untuk dijadikan entri, baru perasan hari ini masak tanpa menggunakan minyak. Hanya rebus dan panggang sahaja.
Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
Ikan Jenahak Panggang. |
Ikan jenahak ini Amie panggang dengan lapik daun pisang. Hanya lumur sedikit garam dan serbuk kunyit.
Hasilnya, ikan agak garing.
Sayap ayam ini pula Amie panggang dalam air fryer. Terlebih garing juga tapi isinya masih lembut. Hari ini ada ikan dan ayam. Firdaus hendak makan ayam. Jadi, panggang sahajalah. Senang cerita.
Sayur Bening Petola |
Sayurnya pula, hanya masak bening. Sayur bening petola, ditambah kentang, lobak dan suhun serta perencah bawang dan udang kering. Kalau hendak hirup kuahnya yang sedap, kenalah nikmati sayur bening ketika masih panas.
Nasi Beras Bario |
Hari ini habiskan stok beras bario. Cantik nasinya, kecil-kecil butirannya. Entah bila lagi hendak ke Kundasang. Boleh beli lagi pelbagai beras kampung di sana.
Pagi tadi sempat melawat tanaman Wak Kamil. Petik beberapa biji belimbing buluh. Balik rumah hiris-hiris campur dengan cencaluk. Tambahkan hirisan cili padi, bawang merah dan petai.
Buah Limau Sunkist |
Inilah lauk-pauk kampung yang simple dimple!
Sekian.
Sedap2nyer menu
BalasPadamSelamat menjamu selera
Rasa nak pindah duduk sebelah rumah Kak Amie la. Boleh tumpang makan menu2 sihat ni. Mesti lepas tu cepat kurus! Hehe. Selamat Hari Merdeka Kak Amie!
BalasPadamsemua sedap menu tu!
BalasPadamsedapp semua juadah., ;p
BalasPadamOh, sy ingatkan nama restorannya Merdeka Minyak, hihi.
BalasPadamuih sedapnya kak, tak guna minyak pun sedap... ikan tu bakar simple gitu dapat makan dengan air asam pun terus rasa sedap betulkan
BalasPadamMenu sihat!
BalasPadamjimat belanja kolestrol rendah
BalasPadambagus masakan sihat. saya perati je pinggan legend tu. hehe
BalasPadamikan jenahak tu kalau makan dgn nasi panas2 betul2 umphhh
BalasPadamTak ajak pun...?
BalasPadam