Pages

Khamis, 1 September 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (23) Angel Hair Pasta Sos Bolognese with Chicken Meatball

Bismillahirrahmanirrahim.
Berehat seketika dari menyiapkan kerja-kerja hakiki yang dibawa pulang ke rumah. Kita cerita dahulu bekal sarapan pagi tadi. Kali ini Amie bawa bekal Angel Hair Sos Bolognese with Chicken Meatball. Amie 'fusion' kan menu. Kakak kita yang pernah bekerja di luar negara dan tinggal lama di Brazil, New York dan Paris selalu kongsikan menu masakan barat. Katanya, kalau lidah tak dapat terima masakan barat, boleh ambil idea dan olah ikut cara kita. Jadi, jangan takut sediakan kuah bolognese ditambah cili untuk rasa pedas. 
Jadi, malam tadi kita pun masaklah sos tomato, tambah cili kisar untuk rasa pedas, tambahkan  chicken meatball saja. Bangun pagi hanya perlu rebus angel hair dan panaskan semula sosnya. Tidaklah menunggu lama untuk menyiapkannya. Salad dan buah memang kita sudah sediakan sebelah malam dan simpan dalam peti sejuk. Kita suka bawa salad lebih sebab boleh makan bersama kawan-kawan di kantin. Biasanya mereka akan ambil daun salad dan makan dengan makanan yang dibeli seperti bihun atau mi goreng. Hari ini kita bawa buah anggur dengan buah mata kucing. Kita makan dengan Herryoel, Shinee, Michelle Franciska,  Deevina, Daniel, Oliver, Mark... sekadar menyebut beberapa nama. Siapa agaknya nama-nama yang kita sebutkan ini?

Bekal Sarapan Pagi (23)

  • Angel Hair Sos Bolognese with Chicken Meatball
  • Salad : Lalique Crystal Lettuce + Baby Butterhead + Limau Bali + Kobis Ungu
  • Buah : Mata Kucing + Anggur Merah

Angel Hair Sos Bolognese with Chicken Meatball

Salad & The Gang


Buah Mata Kucing + Anggur Merah

9 ulasan:

  1. baru2 ni kawan ajar buat kuah spaghetti. senang rupa2nya. klu kesuntukan masa, saya pun suka rebus angel hair sbb 2 minit je dah masak.

    BalasPadam
  2. Anak-anak menggemari pasta bolognese tapi saya lebih suka olio oglio sebab suka pedas.
    Lepas ni boleh tiru idea tambah cili dalam bolognese..Salad oh salad...untungnya nama yang disebutkan tu dapat merasa salad idaman saya...hihihi

    BalasPadam
  3. This post is really helpful because I was searching that kind of cooking post that you posted and i am really happy and suggest my friends to visit once, Now it's time to avail HALFCASTE CREAM SET for more information.

    BalasPadam
  4. Iman peminat sos bolognese. Tapi, mak Iman lama tak masak, lain kali boleh letak cili la nak bagi pedas2.

    BalasPadam
  5. Ada rasa pedas tu baru sedap ikut selera kita. Kita buat dia kan.

    BalasPadam
  6. geram tengok salad limau bali akak tu

    BalasPadam