Bismillahirrahmanirrahim.
Dari pagi sehinggalah ke petang, langit mendung dan awan masih kelabu. Hujan gerimis, rintik-rintik halus membasahi bumi. Hari ini Lahad Datu disirami air mata dukacita atas pemergian seorang warga pendidik Allahyarhamah Puan Asina binti Makajal. Berita yang diterima di awal pagi, Allahyarhamah terlibat dalam kemalangan jalan raya (di Makuau) dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke tempat kerjanya di SK Ulu Tungku.
Turut bersama kembali ke pangkuan-Nya ialah anak lelakinya, Allahyarham Ahmad Fiqri Hazem, 11 tahun. Sementara dua orang anak lelakinya Ahmad Fahmi, 12 tahun dan Ahmad Ammar, 9 tahun kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
Kami hanya mampu berdoa semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Apabila tiba saat kematian, daun sidratul muntaha (pohon bidara yang menjadi batas penghujung alam semesta) yang tertulis nama kita akan jatuh kepada Izrail. Wallahua'lam bissawab.
Innalillahiwainnailahirajiun.
BalasPadamAl-Fatihah.
Innalillahiwainnailahirajiun...semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan para solehin...semoga yg dirawat diberi kesembuhan....aminn..
BalasPadamInnalillah. Salam takziah untuk keluarga arwah
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiunn. Sebaknya mengenangkan 2 lagi anak yang ditinggalkan. Semoga anak-anak yang masih dihospital sembuh sepenuhnya dan dikuatkan semangat selepas kehilangan ibu. Beratnya dada seorang ibu ni bila baca kisah macam ni
BalasPadam'dalam' posting kali ni...
BalasPadamal fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
BalasPadamInnalillah...
BalasPadamInalillahiwainnalilahirojiun.... sedihna kak sekeluarga tu, moga tabah semuanya
BalasPadamInnalillahiwainnailahirajiun... Al-Fatihah
BalasPadamAnak beranak dijemput sekali dalam perjalanan untuk menuntut ilmu.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya kita semua milik Allah SWT.
BalasPadamINNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIUN TAKZIAH PADA KELUARGA
BalasPadamإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
BalasPadamInnalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. semoga keluarganya tabah dgn kehilangan ini dan anak2nya segera sembuh, Amiiinnn YRA.
BalasPadamMoga rohnya dicucuri rahmat..tergolong bersama orang yang beriman amenn
BalasPadamsalam takziah utk keluarga arwah
BalasPadamSalam takziah buat seluruh keluarga arwah. Didoakan agar arwah ibu & anak ditempatkan di kalangan para solihin. Moga yg tinggal diberi kekuatan & kesabaran yg tinggi utk meneruskan hidup.
BalasPadamإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
BalasPadamSalam takziah buat seluruh keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Innalillahiwainnailaihirojiun...
BalasPadam