Pages

Isnin, 13 Jun 2022

Pindang Ikan Tudung Periuk

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa agaknya lauk makan tengahari yang membuka selera? Kali ini Amie kongsikan masakan yang berkuah iaitu pindang ikan. Banyak kali jugalah Amie kongsikan menu ini:



Bahan-bahan:

  • 600 gram ikan tudung periuk - potong ikut saiz yang disukai
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugor - boleh gunakan bancuhan air asam jawa
  • 10 keping hirisan  nanas separuh masak
  • 1 liter air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:

  • 15 biji cili padi kampung 
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 2 cm kunyit

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk bersama serai sehingga terbit aroma.
2. Tuangkan air, masukkan nanas dan biarkan kuah mendidih dan nanas menjadi layu.
3. Masukkan asam gelugor serta ikan. 
4. Masak selama 5 minit.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.



Kadang-kadang kita keliru dengan istilah masakan yang digunakan terutama perbezaan di antara pindang dengan singgang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
  • Pindang ialah sejenis masakan berkuah daripada ikan dan lain-lain yang dimasak dengan asam, (kunyit dan lain-lain).
  • Singgang ialah sejenis masakan (ikan, daging dan lain-lain) yang direbus dan digarami. Maksud lain singgang dalam bahasa Minangkabau ialah panggang atau salai.
Bonda kita suka masak pindang ikan. Kadang-kadang Bonda tumis dahulu bahan perencah, kadang-kadang terus rebus sahaja tetapi Bonda wajib bubuh kunyit dan juga daun kunyit. Kita suka kedua-dua cara masakan Bonda.

5 ulasan:

  1. Sy kalau makan lauk macam ni, tak guna pinggan, tapi guna mangkuk, tuang kuah sampai jadi sup, makan guna sudu, hihi. Rasanya beza pindanfg dan singgang, pindang tu ditumis dulu manakala singgang terus direbus. Apapun, kedua2nya tetap sedap.

    BalasPadam
  2. Puas fikir ikan tudung periuk ni ikan apa...bila google laaaaa...rupanya ikan telinga gajah...hehehe...ada satu lagi nama dia SA x ingat....kalau Pak Zain beli selalu buat goreng kicap je...

    BalasPadam
  3. Terus dana google rupa ikan tudung periuk tu camne kak hehehhe....
    Masak apa-apa kalau boh nanas memang compom menaikkan selera...

    BalasPadam
  4. Suka hirup kuah ikan masak pindang

    BalasPadam
  5. Saya suka lauk kering-kering kalau makan nasi.Tapi kalau bagi lauk berkuah pun saya bedal..tapi suka hirup meratah la..kalau demam-demam nak lauk singgang ni..hihihi

    BalasPadam