Pages

Isnin, 13 Jun 2022

Jalan-Jalan Cari Makan di Little White Turkish

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita kita sekejap ke sana, sekejap ke mari.... ahaks! Plotnya sudah tidak tersusun. Entri kali ini tentang jalan-jalan cari makan di Sandakan dua minggu lepas. Kisahnya, Firdaus perlu menghadiri perjumpaan kokurikulum pada hari Sabtu sehingga pukul 10 pagi. Hari Isnin dan Selasa berikutnya Sabah cuti umum sempena Pesta Kaamatan. Kita pula ngada-ngada cari pasal! Kita kata pada Encik Suami, teringin makan di Little White Turkish di Bandar IJM, Sandakan. Jadinya, sebaik sahaja mengambil Firdaus dari sekolah, kami pun terus bergerak ke Sandakan. 

Terima kasih sudi bawa jalan-jalan cari makanan Turki.

Firdaus selesai mengikuti perjumpaan kokurikulum.

Budak kecil Firdaus yang sentiasa ceria dan sabar menanti hidangannya tiba di meja.


Lamb Doner Kebab with Rice

Encik Suami tetap mencari nasi! Pemandu mesti isi tenaga semula, maklumlah jalan jauh dari Lahad Datu ke Sandakan.

Turkish Shish Kofte Beef Shish (Fries)

Amie tak makan nasi. Amie pilih Turkish Shish Kofte Beef Shish (Fries), tapi salad semua masuk pinggan Encik Suami. Kentang goreng pula dihabiskan Firdaus. Hidangannya belum sampai, jadi dia makan bahagian kita dulu.


Ini dia hidangan pilihan Firdaus, chicken chop! Sebaik sahaja sampai di hadapannya, tak sabar-sabar terus capai kentang goreng yang masih panas. Nasib baik mulut tak melocot!



Memang lapar sungguh budak satu ini!
Makan pelan-pelan sayang.


Seperti biasa, Encik Suami meneruskan tugasan makan salad yang tidak dijamah Firdaus.



Patutlah Encik Suami minta salad dari pinggan kita dan ambil dari pinggan Firdaus. Rupanya dalam piringnya ada sayur kobis dengan lobak! Lain kali kena bawa bekal salad dari rumah.


Teringin makan baklava tapi tak sanggup menanggung kemanisannya! Makan jugalah sedikit, takut nanti teringat-ingat. SK kata biar menyesal makan jangan menyesal tak makan....huhuhuuuu!

Hurrrmmmmm!
Lepas makan nak ke mana pula ye?

12 ulasan:

  1. Wah Firdaus kalau dapat chicken chop memang suka la dia kan...fav dia...macam sedap aje semua hidangan kak

    BalasPadam
  2. simple je presentationnya.. :)
    Nampak baklava tu pun macam manis sangat. Ada orang ckp sedap ada orang cakap kurang sedap. Tak berani nak cuba sebab ramai cakap manis

    BalasPadam
  3. berselera tengok Firdaus makan fries. penat tu, lepas habis aktiviti, memanglah lapar. jauh berapa km kak dari rumah akak ke Sandakan?

    BalasPadam
  4. aduihhh menggodalah baklava tu!

    BalasPadam
  5. sedapnya kak, comel je bila Daus hampir melocot bibirnya sangking nak makan kentang goreng tu. Dah lapar sangat ye Daus mana boleh tahan heheheh

    BalasPadam
  6. Saya pencinta manis..pastinya terliur tengok bakhlava🤭

    BalasPadam
  7. Sy pun suka baklava tapi setakat jamah-jamah je :)
    Nampak Firdaus makan, kita pula rasa lapar hehe ..

    BalasPadam
  8. DAUS MMG SUKA CHICKEN CHOP KAN

    BalasPadam
  9. Kentang gorengnya menarik selera.

    BalasPadam
  10. dah lama rasanya tak makan makanan turki..rindu pulak...

    BalasPadam