Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Kundasang menuju ke Jalan Sulaman, Tuaran sudah berangan-angan untuk singgah makan puding kelapa dan meratah ketam. Alhamdulillah, dalam keadaan lapar rezeki ketam terhidang di depan mata tidak dapat dipenuhi. Menurut peniaga-peniaga di gerai lokan, ketam hanya akan sampai di situ pada sebelah petang.
Tidak apalah. Kami makan puding kelapa seorang sebiji dan memasan selonggok lokan sahaja. Lokan yang kami pilih bersaiz besar berharga RM15 selonggok, lebih kurang 13 ekor.
Sebelum ini, banyak jugalah Amie kongsikan tentang tempat lokan bakar dan puding kelapa di sini. Antaranya:
Lokan saiz sederhana. |
Sementara menungguh lokan bakar sampai, kami makan puding kelapa dulu. Zaman dahulu, sebelum kelahiran Firdaus, harga sebiji puding kelapa hanya RM4. Beberapa tahun kebelakangan ini harganya sudah RM6 sebiji.
Bismillah. Puding kelapa rasanya manis, sejuk dan ahh... slurrppp...sluuurrpppp tak berhenti sudu ke mulut! |
Biasanya memang beginilah. Sudah kenyang makan puding kelapa, lokan belum masak di panggangan!
Puding kelapa sudah yilek!
Tunggu beberapa minit lagi untuk menyantanp lokan bakar pula.
Lokan bakar sudah tiba ke meja. Seperti biasa hanya Amie dengan Encik Suami sahaja yang makan. Nampaknya selepas ini terpaksalah cari kedai makan lain untuk Firdaus pula.
Alhamdulillah. Lokan bakar yang masih panas, tuangkan sambal dan air lada bercampur jus limau kasturi. Terus ngap masuk mulut.
Saya tak pernah makan lokan bakar, Amie. :D
BalasPadamWow, puding kelapa nampak sedap. Memang takde kat sini. Jeli kelapa ada.
puding kelapa makan dgn lokan bakar delecious
BalasPadamWah..teringin nak mencuba kedua jenis makanan ni.
BalasPadamNanti nak beli lokan dan bakar sendirilah. Di tempat kita, tak ada jual lokan bakar macam ni.
BalasPadamPernah makan puding kelapa tu.. serius sedap. Sini tak pernah jumpa lagi.
BalasPadamKat sini selalu juga orang jual lokan mentah tapi saya jarang beli sebab berat kulitnya dari isiš¤
BalasPadamTapi tengok lokan bakar tu macam terliur la pulak
Tak pernah makan lagi. Kena cuba tapi entahla mana nak cari di KL ni
BalasPadamFirdaus tidak makan lokan ke? Memang rajin Puan Amie singgah tempat lain semata-mata Firdaus.
BalasPadamAlhamdulillah sedapnya makanan.